Friday, August 7
Home>>Informasi Hiburan>>Anugerah Meletop ERA 2020 Ditunda
Anugerah Meletop ERA 2020
Informasi Hiburan

Anugerah Meletop ERA 2020 Ditunda

Susulan penularan pandemik COVID-19, penganjuran acara tahunan Anugerah MeleTOP Era atau AME 2020 yang sebelum ini dijadualkan untuk bersiaran secara langsung pada hari Ahad, 12 April 2020 akan turut ditunda ke satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kelak.

Ini merupakan sebahagian daripada usaha proaktif dan langkah berjaga-jaga yang diambil Astro untuk membendung penyebaran wabak tersebut bagi memastikan keselamatan kesemua pihak yang terlibat diutamakan.

Pihak Astro kini dalam usaha menetapkan tarikh baharu untuk acara tersebut dan masih belum boleh berkongsi sebarang maklumat lanjut mengenainya kerana perlu mengambil kira situasi semasa COVID-19.

Anugerah Meletop ERA 2020

BACA : Astro Tawar Semua Saluran Filem Secara Komplimentari

Selain itu, faktor-faktor lain seperti ketersediaan lokasi dan kesesuaian tarikh para selebriti tanah air perlu
dipertimbangkan.

Dalam pada itu, sesi undian fasa kedua untuk mengundi senarai Top 5 bintang kegemaran yang telah dibuka sejak 3 Mac lalu akan diteruskan seperti biasa menerusi laman web rasmi AME 2020 di www.anugerahmeletopera.com.my dan aplikasi SYOK serta melalui kiriman SMS hingga 12 April 2020, jam 12.00 tengahari.

Kiraan penuh undian untuk penganjuran AME 2020 juga akan terus dibuat sejurus selepas talian undian ditutup, mengikut perancangan asal.

Pihak Astro memohon maaf di atas segala kesulitan dan berharap dapat berkongsi butiran lanjut berkenaan tarikh baharu dan lokasi AME 2020 dalam masa terdekat.

Untuk sebarang informasi terkini mengenai AME 2020, sila layari www.anugerahmeletopera.com.my .

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments