Home>>Filem>>Astro Shaw Berkolaborasi Terbitkan Filem Indonesia BACKSTAGE
Astro Shaw Filem BACKSTAGE
FilemInformasi Hiburan

Astro Shaw Berkolaborasi Terbitkan Filem Indonesia BACKSTAGE

Astro Shaw berkolaborasi dengan penerbit dari Indonesia yang menerbitkan filem hebat ‘Gundala’ (1.6 juta penonton di pawagam), iaitu Ideosource Entertainment (IDEO) dan Paragon Pictures serta pelabur dari Endeavor Content dan PT NFC Indonesia Tbk (NFCX) dengan sokongan oleh Tokopedia dalam menghasilkan sebuah filem terbaru, ‘Backstage’.

Backstage adalah sebuah filem bergenre drama yang mengangkat tema saudara perempuan (sisterhood) dan muzik yang mana amat dekat dengan cita rasa peminat dan penonton di Indonesia dan Malaysia.

Filem ini diarahkan oleh pengarah filem ‘Ayat-ayat Cinta 2’ (3.6 juta penonton di pawagam), ‘Assalamualaikum Beijing’, ‘Purple Love’, Guntur Soeharjanto.

Lebih mengujakan, Astro Shaw berpeluang bekerjasama dengan bintang-bintang dari seberang seperti gabungan adik beradik terkenal Sissy Priscillia dan Vanesha Prescillia.

Sissy Priscillia merupakan pelakon yang membintangi francais filem cinta remaja popular Indonesia iaitu ‘Ada Apa Dengan Cinta?’ (2.7 juta penonton di pawagam), ‘Ada Apa Dengan Cinta 2? (3.6 juta penonton di pawagam) dan ‘Milly & Mamet’ (1.4 juta penonton di pawagam).

Manakala, Vanesha Prescilla adalah pelakon dari filem romantik nombor satu Indonesia, Dilan 1990 (6.3 juta penonton di pawagam), Dilan 1991 (5.2 juta penonton di pawagam).

Astro Shaw Filem BACKSTAGE

Ini juga merupakan kali pertama dua figura adik beradik ini bergandingan di layar perak, dan menjadi fenomena apabila peminat di Indonesia begitu teruja dengan pengumuman yang telah dibuat pada sidang media majlis pelancaran filem itu di Indonesia.

Backstage akan ditayangkan di Indonesia bermula Jun 2020 manakala di Malaysia di jangka Julai 2020.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments