Wednesday, December 2
Home>>Filem>>5 Fakta Menarik Mengenai Filem Dua Garis Biru Yang Perlu Anda Tahu
Filem Dua Garis Biru PERCUMA di iflix
Filem

5 Fakta Menarik Mengenai Filem Dua Garis Biru Yang Perlu Anda Tahu

Filem Dua Garis Biru PERCUMA di iflixPelbagai mesej positif dan berguna yang boleh masyarakat nilai menerusi filem Dua Garis Biru.

Hanya selepas enam hari ditayangkan di Indonesia, Dua Garis Biru meraih lebih satu juta penonton dan menjadi perbualan ramai.

Sehingga kini, filem ini mencatatkan lebih 2 setengah juta penonton di Indonesia.

Menduduki tangga ke-3 filem box office Indonesia bagi tahun 2019 selepas Dilan 1991, dan Imperfect: Karier, Cinta & Timbangan.

Selepas kejayaan filem ini meraih 2.5 juta penonton, Dua Garis Biru telah dibawa ke Malaysia dan memulakan tayangan pada Oktober lalu dan meraih sambutan yang sangat hebat.

Ternyata filem arahan Gina S. Noer itu telah mendapat sambutan luar biasa di peringkat serantau.

Ia mengisahkan kisah penjalanan hidup dan percintaan seorang gadis remaja bernama Dara (lakonan Zara JKT48) dan Bima lakonan (Angga Yunanda).

Filem ini banyak menekankan tentang persefahaman dan kejujuran dalam perhubungan dan pengajaran yang boleh diperolehi antaranya hubungan bersama keluarga, rasa tanggungjawab dan paling utama adalah penting untuk menekankan pendidikan seks dikalangan remaja.

5 Fakta Menarik Filem Dua Garis Biru Yang Perlu Anda Tahu

1 – Filem Menang Pelbagai Anugerah Berprestij

  • – Bandung Film Festival for Commendable Film
  • – Bandung Film Festival for Commendable Film Art Director
  • – Maya Award for Best Feature Film
  • – Maya Award for Best Original Screenplay
  • – Maya Award for Best Actress in a Supporting Role
  • – Iqbal Rais Special Award for Young Director
  • – Bandung Film Festival for Commendable Film Scriptwriter (Festival Filem Bandung untuk Penulis Skenario Terpuji Filem Bioskop)
  • – Citra Award for Best Original Scriptwriter
  • – Citra Award for Best Supporting Actress

2 – Filem Remaja Viral dan Trending di Sosial Media

Selepas filem ini meletup dan box-office di Indonesia, serta raih 2.5 juta penonton, filem ini ditayangkan di Malaysia pada Oktober 2019. Rata-rata penonton memuji filem ini kerana jalan cerita yang senang difahami, dan mempunyai banyak pengajaran khas buat remaja pada masa kini.

Filem trending di Indonesia dan Malaysia ini sehingga kini masih menjadi bahan bualan anak muda. Antara perbualan mereka adalah menyatakan ada yang masih belum sempat menonton Dua Garis Biru.

3 – Pendidikan Seks Awal di Kalangan Remaja

Jika anda tonton trailer Dua Garis Biru, hanya menggambarkan kisah remaja yang hamil luar nikah. Tetapi, masih tidak jelas, bagaimana mereka menangani akibatnya.

Sebenarnya, pengetahuan ini adalah penting untuk pelakon utama Dua Garis Biru, Zara JKT48 mengingatkan pentingnya pendidikan seks daripada seorang guru mahu pun ibu bapa.

Tujuannya, agar para penonton boleh mendapat lebih pengetahuan yang lebih untuk menjaga diri, dan tidak tersalah langkah dalam menjalinkan hubungan percintaan, terutamanya para remaja masa kini.

Peranan guru dan ibu bapa juga adalah sangat penting untuk mengingatkan para pelajar dan anak adalah lebih berbahaya jika remaja mendapat informasi menyesatkan dari orang yang salah.

Jika sebelum ini, anak muda hanya menganggap pergaulan bebas itu adalah satu aktiviti yang biasa, tanpa memikirkan kesannya.

4 – Cinta Antara Dua Darjat

Bila umur semakin meningkat, kita seharusnya berfikir lebih matang supaya tidak memberikan tekanan kepada kedua orang tua kita kan? Sedikit sebanyak, jalan cerita Dua Garis Biru ini membolehkan kita sebagai anak untuk menilai sendiri manakan pilihan yang ingin kita laksanakan.

Jika ibu bapa menasihatkan kita supaya tidak meneruskan sesuatu perkara, pastinya bersebab. Sebagai contoh, di dalam Dua Garis Biru, dari awal lagi ibu Bima sudah mengingatkan beliau supaya berkawan biarlah dengan teman yang sama taraf kerana takut memilih orang biasa.

Jika ada sebarang masalah yang menimpa, pastinya berbalik kepada orang tua kita, secara tidak langsung kita menyusahkan mereka. Apa apa pun yang kita laksanakan, haruslah beringat apakah kesan terhadap diri sendiri dan juga keluarga.

5 – Belum Tontonnya? Jangan Risau

Anda masih belum menontonnya? Jangan risau, Anda wajib tonton! Kini filem ini boleh anda tonton secara PERCUMA di iflix bermula 5 Mac nanti.

Jangan lupa layari www.iflix.com untuk menontonnya.

Jom layan trailer Filem Dua Garis Biru

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments