Home>>Informasi Artis>>Single Terbaru Fattah Amin “BEBAS” Isteri Sumber Inspirasi
Fattah Amin Isteri Sumber Inspirasi
Informasi ArtisSingle

Single Terbaru Fattah Amin “BEBAS” Isteri Sumber Inspirasi

Single Bebas Fattah Amin
Fattah Amin tampil dengan lagu Bebas ciptaan Rudy Nastia serta lirik Leo Azman di bawah label Universal Music Sdn Bhd. Turut dilancarkan serentak ialah video muzik lagu itu yang diarahkan Thaqif Saadon di saluran YouTube.

Tidak hanya semata mata mahu dikenali dengan penyanyi lagu cinta atau kasih sayang seperti single terdahulu, Wanita Terakhir, Wanita Terindah, 1234U dan Isterimewa, buah tangan terbaharunya ini juga mengangkat bagaimana setiap permasalahan sosial atau isu membabitkan mental khususnya pasti ada cara membebaskan diri daripada terus dibelenggu dengan kesedihan serta kemurungan.

“Lagu ini cuba menyalurkan semangat baru dan menyuntik motivasi sekali gus mahu membebaskan daripada bebanan dan tekanan masalah dialami.

Pada akhirnya juga kita harus yakin dan percaya dengan diri, bahawa setiap permasalahan pasti ada jalan keluar daripada kepompong itu.

Kita harus ingat masih ada orang sekeliling termasuk keluarga dan kawan yang boleh menyokong kita daripada terus larut tanpa arah tujuan” – Fattah Amin.

Fattah Amin Isteri Sumber Inspirasi
Tak dinafikan lagu Bebas banyak mengambil inspirasi daripada isteri saya. Dia sendiri memang sudah lama menyebarkan segala elemen dan aura positif dalam hidup termasuk di media sosial.

Pelakon drama Hero Seorang Cinderella ini juga menjelaskan dia banyak melihat naskhah lagu terbabit dengan melihat isteri tercinta sebagai inspirasi paling istimewa.

Lagu berkonsep pop yang menyuntik dan meniup elemen positif , inspirasi serta motivasi ini juga menjadi ruang terbaik buat isteri kepada Nur Fazura Sharifuddin menunjukkan satu lagi anjakan paradigma buat kerjaya nyanyiannya.

Buat kali pertamanya juga pemilik nama Abdul Fattah Mohd Amin ini terbabit dari proses awal hingga akhir penghasilan lagu berkenaan.

Single terbarunya Bebas telahpun berada di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer. Joox dan juga Apple Music bermula pagi 13 Mac 2020.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments