Thursday, August 6
Home>>Rancangan TV>>The Human Calculator Mara Ke Pentas Utama Ceria Megastar 2020
The Human Calculator Ceria Megastar
Rancangan TV

The Human Calculator Mara Ke Pentas Utama Ceria Megastar 2020

Pemenang tempat kedua Asia’s Got Talent, Yaashwin atau lebih dikenali dengan gelaran ‘The Human Calculator’ telah berjaya menempah namanya ke senarai ‘Megastar’ 10 Teratas bagi musim kedua ‘Ceria Megastar’!

Peserta lain, Caspian (bakat lompat tali), Group 17 (bakat lakonan), Nana dan Adinda (bakat nyanyian), Ija dan Kowachee (bakat tarian), Haiqal (bakat silap mata), Amira (bakat bermain dram), dan VC (bakat tarian dan nyanyian) juga berjaya melayakkan diri ke pentas utama.

‘Konsert Penentuan 2 Ceria Megastar 2020’ penuh dengan pelbagai persembahan menakjubkan yang berjaya membuat juri tetap Zizan Razak dan Ernie Zakri terpegun!

Malah, juri jemputan, Shuib Sepahtu juga boleh hilang kata-kata ketika memberi komen! Namun, terdapat suatu momen yang cukup menyayat hati – kumpulan Kalyssa yang dianggotai Alyssa Dezek dan Kashika, lengkap dengan busana berwarna hitam dan putih, tampil dengan sebuah tribute buat pelawak tercinta, Allahyarham Abam Bocey dengan medley lagu ‘Sakit’ (oleh Achey), ‘Bila Pergi’ (oleh Fad) dan ‘Sikasih’ (oleh Abam).

Persembahan istimewa itu rata-rata menyentak di hati sanubari Achey yang hadir menyaksikan konsert ‘Ceria Megastar’ pada Sabtu lepas. Namun begitu, rezeki tidak berpihak kepada Kalyssa kerana perjalanan mereka dalam ‘Ceria Megastar’ terhenti di setakat itu sahaja.

Group 17 Ceria Megastar 2020

Drama di ‘Konsert Penentuan 2 Ceria Megastar 2020’ tidak berakhir di situ – Group 17 pula menampilkan persembahan penuh dengan mesej kekeluargaan dan pengorbanan seorang abang untuk menjaga adiknya yang kelainan upaya.

Bukan sahaja Ernie Zakri yang terkesan dengan lakonan itu; audiens di studio Visual Three, Seri Kembangan juga bergenang mata dengan bakat luat biasa dua beradik itu.

Dengan pelbagai persembahan jaw-dropping yang telah disaksikan, mampukah ‘Megastar’ 10 Teratas naikkan lagi tahap persembahan mereka, lagi-lagi bila tema minggu ini adalah ‘Level Up!’?

The Human Calculator Ceria Megastar

Haa, jom saksikan ‘Konsert Ceria Megastar 2020’ yang akan bersiaran secara langsung pada Sabtu, 14 Mac 2020, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Ceria dan Ceria HD, bersama hos, Raja Azura!

Program realiti yang mencari bakat terunggul dalam kalangan terbaik ini juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments