Saturday, November 28
Home>>Filem>>Tonton Filem Daulat Secara PERCUMA Di iflix Mulai 6 April 2020
Filem Daulat iflix
Filem

Tonton Filem Daulat Secara PERCUMA Di iflix Mulai 6 April 2020

Filem bertaraf global yang memaparkan kisah di sisi gelap dunia politik semasa berjudul DAULAT bakal ditayangkan secara EKSKLUSIF dan PERCUMA bermula 6 April di iflix.com.

DAULAT adalah sebuah filem arahan Imran Sheik yang terkenal sebagai seorang pengarah muda tempatan yang berbakat, dalam menghasilkan pelbagai jalan cerita yang kreatif dan inovatif dalam pembikinan filemnya.

Bertemakan ‘political thriller’, Daulat turut dibarisi pelakon-pelakon utamanya yang hebat seperti Vanidah Imran (Suri), Rashidi Ishak (Idrus) , Tony Eusoff (Hassan). Filem ini turut dibintangi Cristina Suzanne (Nadiya Hassan), Jasmine Suraya (Jasmin Cho) dan Zul Zamir (Ali Fahim).

Sinopsis Filem Daulat

Setelah mengalami kekalahan dalam pilihanraya umum, presiden MUNA, Hassan mengambil keputusan melantik Suri, anak didik politik beliau sebagai timbalan presiden parti.

Suri, dilihat sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan matlamatnya tercapai, termasuklah memastikan MUNA memenangi kembali pilihanraya umum seterusnya walau dengan apa jua cara sekalipun.

Menerusi Daulat, penonton akan menjadi lebih terbuka dan matang untuk menilai sendiri setiap tanggungjawab yang perlu dipikul ahli-ahli politik yang sering menjadi cerita sensasi di laman sosial.

Saksikan filem berkonsepkan “political thriller” secara EKSKLUSIF dan PERCUMA di iflix bermula 6 April 2020 – https://www.iflix.com/my/en/title/movie/278732

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments