Sunday, July 5
Home>>Informasi Hiburan>>Tonton 70 Filem Rajinikanth di Astro & Astro GO Secara PERCUMA
Rajinikanth
Informasi Hiburan

Tonton 70 Filem Rajinikanth di Astro & Astro GO Secara PERCUMA

Buat peminat-peminat pelakon legenda, Rajinikanth,

Anda boleh menikmati siaran percuma untuk tujuh puluh filemnya yang terhebat di saluran baru, Rajini70 HD (saluran 100) dari 1 hingga 30 Jun 2020. Saluran sementara baru ini dilancarkan sempena hari jadinya yang ke-70 tahun ini.

Pelanggan Astro boleh juga menikmati lebih rancangan Tamil dalam HD dengan pengenalan Zee Tamil HD (saluran 235), Astro Vaanavil HD (saluran 201) dan saluran sementara baru, Rajini70 HD (saluran 100) di TV dan Astro GO dari 1 Jun 2020.

Dengan penambahan saluran-saluran ini, maka pelanggan kini mendapat 9 saluran India HD.

Peminat-peminat boleh menonton filem pertama Rajinikanth, Apoorva Raagangal, sehingga ke filemnya yang terkini, Darbar, di Astro bersama keluarga atau di Astro GO, dimana sahaja, pada bila-bila masa.

Filem-filem Rajinikanth yang turut ditawarkan melalui Rajini70 HD (saluran 100) termasuklah Moondru Mudichi, 16 Vayathinile, Kavikuyil, Avargal, Bairavi, Mullum Malarum, Thalapathi, Kabali, Muthu, Baashha, Padaiyappa dan banyak lagi.

Tambahan kepada saluran Rajini70 HD (saluran 100), Astro memperkenalkan dua lagi saluran HD, iaitu, Zee Tamil HD (saluran 235) dan Astro Vaanavil HD (saluran 201), yang akan menawarkan hiburan yang berkualiti tinggi serta relevan bagi pelanggan-pelanggan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada www.astro.com.my

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments