Home>>Informasi Hiburan>>Tonton Siaran Online di WeTV Serendah RM7.90 Sebulan
The Chang'An Youth
Informasi Hiburan

Tonton Siaran Online di WeTV Serendah RM7.90 Sebulan

Platform aplikasi dan laman web milik syarikat gergasi teknologi Tencent, WeTV turut bekerjasama dalam usaha memutuskan rantaian pandemik Covid-19 semasa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan menyajikan pelbagai program menarik untuk rakyat Malaysia untuk terus #dudukrumah tanpa berasa bosan.

Salah satu program yang sedang hangat diperkatakan dan trending ketika ini ialah CHUANG 2020 yang merupakan sebuah pertandingan aneka ragam bagi membentuk kumpulan gadis pop antarabangsa.

Chuang 2020 WeTV

CHUANG 2020 menampilkan barisan jurulatih terkemuka: Huang Zitao, Lu Han, Victoria Song (ketiga-tiga mereka adalah bekas ahli kumpulan K-POP terkemuka iaitu EXO dan f(X) dan Mao Buyi.

Menariknya, program realiti antarabangsa ini turut menampilkan penyanyi Malaysia, anak kelahiran dari Johor, Joyce Chu, sebagai salah seorang dari 101 pelatih yang bertanding untuk membentuk sebuah band kumpulan antarabangsa yang terdiri daripada tujuh (7) orang ahli. Joyce Chu bakal membuat persembahan sulungya dipentas CHUANG 2020 pada hujung minggu ini.

Ini adalah kali kedua Tencent Video telah membentuk kumpulan pop dengan menganjurkan satu pertunjukan bakat, di mana jumlah undian akhir akan memutuskan siapa yang bakal menembusi kumpulan hiburan Cina.

This part you must not miss! #LiZimeng #MiaoJingOu #WangLina #SunRuyun performed "Dong BaLa" and Mentor #ZTAO indirectly…

Dikirim oleh WeTV English pada Kamis, 07 Mei 2020

CHUANG 2020 bersiaran setiap hari Sabtu-Ahad, 8 malam hanya di WeTV.

Sebagai aplikasi siaran online, WeTV berharap agar masyarakat dapat menikmati hiburan semasa berada di rumah sewaktu perlaksanaan PKPB.

“Tencent komited untuk menyajikan rakyat Malaysia dengan hiburan Asia terbaik, melalui WeTV. Kandungan produksi Tencent ditanyangkan serentak di seluruh dunia dimana penggemar drama China di Malaysia tidak akan ketinggalan dengan hiburan terkini,” – Lesley Simpson, Ketua Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan PT TTI.

WeTV bukan sahaja menyediakan sari kata Bahasa Melayu dan Inggeris. Malah, jadual tayang program juga adalah sama seperti di China untuk para penonton di MalaysiaLangganan adalah percuma dan untuk menikmati fungsi VIP pula, pelanggan hanya perlu membayar langganan sebanyak RM 7.90/bulan.

Harga VIP yang ditawarkan adalah lebih ekonomikal berbanding langganan on-demand yang lain.

Selain itu, WeTV turut menyajikan drama-drama siri romantis-komedi (Rom-Com) sepanjang tempoh PKPB ini. Antara yang paling popular ialah Forget You, Remember Love.

Forget You, Remember Love

Forget You Remember Love

Kisah tentang Ye Qianyu (watak oleh Xing Fei), seorang gadis di desa nelayan Guanmei. Ye Qianyu sangat menyayangi desanya sehingga dikenali sebagai "Penjaga Guanmei".

Sementara Shan Junhao (watak oleh Jin Ze), seorang usahawan yang berniat mengembangkan Guanmei menjadi kawasan yang lebih modern. Dua orang yang seharusnya tidak mungkin ada hubungan satu sama lain, tetapi nasib mereka terikat menjadi satu kerana sebuah kemalangan.

Kisah romantic Ye Qianyu dan Shan Junhao dengan latar belakang kehidupan tepi pantai, pemandangan yang indah serta legenda tentang lumba-lumba putih menjadi daya tarik drama ini. Tambahan pula, konflik kepentingan bisnes dan perebutan kekuasaan menjadi faktor yang membuat penonton terus terikat denagn jalan ceritanya.

Drama ini juga didukung oleh artis China popular seperti Jiang Xingcheng, Li Zhengjun, Cavan dan Jurat.

Antara drama-drama siri Rom-Com yang lain termasuk:

The Love Equation

The Love Equations

Bercerita tentang Zhou Xiao (watak dibawa oleh oleh Reyi Liu), seorang mahasiswi penggemar novel misteri bertemu dengan Zhao Fanzhou (watak dibawa oleh Simon Gong) yang sangat tampan. Zhao Fanzhou adalah mahasiswa jurusan medik forensik.

Kisah pertemuan mereka amat tegang dan penuh dengan konflik namun hadir kisah manis dan menggelitik selepas beberapa seketika. Kisah romantis Zhao Fanzhou dan Zhou Xiao dengan latar belakang kehidupan kampus yang menarik serta tempat tinggal di asrama menjadi daya tarik drama ini.

The Love Equation ditayangkan di WeTV setiap Kamis – Jumat pukul 8 malam dengan dua episod setiap hari.

The Chang'An Youth

Shen Yiyi adalah seorang tukang masak biasa dari pasar. Untuk membayar hutang, dia setuju untuk menggantikan rakan baiknya untuk berkahwin dan berpindah ke Chang'An sebagai gantinya.

Sepanjang perjalanan, dia menyamar sebagai seorang lelaki dan bertemu Yang Zi'an, seorang pemuda yang menjalankan perintah dari Raja. Dia juga bertemu dengan putera kedua yang manis Li Xinyuan, pendekar pedang yang perkasa dan berkuasa, Dugu Muxue dan Tang Jiuhua.

Sepanjang tempoh persekolahan, lima anak muda yang membawa rahsia mereka masing-masing, belajar untuk saling percaya dan menjadi rakan baik.

Mereka melalui pengalaman sekolah yang menarik yang membawa mereka berhadapan dengan kes-kes misteri dan pegurusan pejabat yang mengamalkan rasuah Kisah Pemuda Chang’An dibintangi oleh Wang Yuwen, Caesar Wu, Liu Yichang, Xie Binbin dan Qi Peixin.

The Chang'An Youth

As Long As You Love Me.

Kisah antara Zhou Yanzhao dan Xiao Meng telah saling mencintai selama bertahun-tahun. Zhou Yanzhao kembali untuk menemui Xiao Meng pada hari ulang tahunnya yang ke-22 seperti yang telah mereka persetujui. Tetapi ayah Zhou meninggal secara tak disangka, dan Zhou harus mengambil alih perusahaan hartanah yang dijalankan oleh ayahnya.

Oleh kerana suspek pembunuhan ayah Zhou Yanzhao adalah ibu Xiao Meng, cinta di antara mereka terputus. Zhou Yanzhao memasuki kumpulan Shenghai, bersaing dengan musuhnya Jiang Qingcheng berulang kali, mengalami krisis bisnes, pengkhianatan, kegagalan kewangan dan teknikal, rahsia kehidupan dan banyak rintangan lain.

Walaupun Xiao Meng harus menghadapi konfik salah faham dan kebencian dari Zhou Yanzhao, dia tidak pernah menyerah. Dia terus bekerja untuk menjadi orang yang lebih baik dan lebih kuat dengan membantu anak buta bernama Tian Kong di rumah kebajikan untuk mendapatkan kembali penglihatannya.

Setelah melalui liku-liku kehidupan yang penuh dugaan, konflik antara mereka hilang secara perlahan-lahan. Zhou Yanzhao dan Zhou Xiaomeng bekerja sama untuk mencari tahu pembunuh sebenarnya dan juga merebut kembali Grup Shenghai dari Jiang Qingcheng.

Akhirnya, mereka berdua membuka kembali pintu hati mereka dan saling mencintai selamanya.

Candle in The Tomb: The Lost Cavern

Hu Ba Yi, Shirley Yang dan Wang Pang Zi menjelajahi tapak perkuburan misteri di wilayah Shaanxi.

Shirley Yang (Kitty Zhang) melakukan perjalanan ke Longling Maze Grottos untuk membuat penyelidikan terhadap pembentukan yang aneh di atas fragmen fosil. Sewaktu perjalanan, dia bertembung dengan Hu Ba Yi (Pan Yue Ming) bersama dengan Wang Pang Zi (Jiang Chao) yang baru saja melarikan diri dari kota lama tersebut. Ketiga-tiga mereka akhirnya menjadi rakan karib meneruskan penjelajahan ke tapak perkuburan yang lain.

The Lost Cavern ialah sekuel kedua selepas dari Candle in The Tomb.

Selain boleh dinikmati di desktop, WeTV juga boleh diakses dari aplikasi mobile, Android (Google Play) atau iOS (App Store).

Pelbagai kemudahan dan kandungan yang maksimum dari WeTV membuatkan aplikasi ini menjadi popular dalam kalangan pencinta drama Asia dan menemani penonton sepanjang PKPB.

Ikuti WeTV di Facebook.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments