Saturday, July 11
Home>>Informasi Artis>>Perkembangan Selebriti>>6 Hari – Yusry, Lisa, Aaron Aziz dan Neelofa Shoot Telefilem Dari Rumah Sepanjang PKP
Telefilem 6 Hari
Perkembangan SelebritiTelefilem

6 Hari – Yusry, Lisa, Aaron Aziz dan Neelofa Shoot Telefilem Dari Rumah Sepanjang PKP

Telefilem 6 Hari – Yusry Abdul Halim, Lisa Surihani, Aaron Aziz dan Neelofa jalani penggambaran ‘sendiri’ dari rumah kediaman masing-masing sempanjang PKP.

Sebagai pembuka tirai permulaan positif susulan perlaksanaan fasa perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP), Astro selaku
pembekal kandungan utama di negara ini dengan berbesar hati membawakan tayangan telefilem istimewa berjudul ‘6 Hari’.

Telefilem ini akan menemui para penonton pada hari Sabtu, 13 Jun 2020, jam 9.00 malam secara eksklusif di empat buah saluran utama iaitu Astro Ria (104), Astro Ria HD (124), Astro Citra (108) dan Astro Citra HD (128). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, telefilem tersebut turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.





Telefilem ‘6 Hari’ terbitan produksi Yureka Films dengan kerjasama Global Station Sdn Bhd ini diarahkan oleh Yusry Abdul Halim yang turut bertindak selaku penulis skrip di samping menyandang watak utama sebagai Faizal.

Selain Yusry, telefilem ini turut diterajui oleh tiga selebriti popular tanah air iaitu Lisa Surihani yang memegang watak sebagai Suzi, Dato’ Aaron Aziz sebagai Ismal dan Neelofa sebagai Linda.

Untuk makluman, keseluruhan penggambaran telefilem ‘6 Hari’ berjaya diselesaikan dalam masa enam hari meskipun terikat dengan kekangan terutamanya daripada segi teknikal, bekalan peralatan dan tenaga produksi sewaktu penguatkuasaan tempoh kritikal perintah kawalan pergerakan (PKP) baru-baru ini.

Uniknya, kesemua teraju utama yang menjayakan telefilem ini juga harus menjalani keseluruhan penggambaran secara sendiri dari kediaman masing-masing berdasarkan garis panduan yang diberikan.

“Proses pembikinan telefilem ini amat mencabar tetapi saya amat berpuas hati dengan produk akhir karya ini. Secara dasar, telefilem ini mengisahkan tentang dua individu yang terperangkap dalam konflik berkaitan dengan ‘sebutir berlian’.

Tetapi secara tersiratnya, ia tentang pencarian diri, dan bagaimana watak-watak tersebut matang seiring dengan peredaran masa. Penceritaan ini terbentuk bukanlah seperti yang saya rancang dari awal. Saya temui makna tersiratnya pada hari ketiga penggambaran. Semakin saya tulis, semakin lapisan tersirat cerita ini keluar sedikit demi sedikit.” – Yusry Abdul Halim

Sinopsis Telefilem ‘6 Hari’

Lisa Surihani Yusry Abdul Halim - 6 Hari

Telefilem ‘6 Hari’ mengisahkan tentang Suzi yang bahagia sebagai isteri ketiga kepada seorang ahli perniagaan yang berjaya bernama Ismal. Suzi tinggal bersendirian di sebuah banglo kerana suaminya hanya akan pulang ke rumah setiap enam hari untuk menghabiskan masa dengan isteri-isterinya yang lain.

Kehidupannya berjalan seperti biasa sehingga kemunculan bekas teman lelakinya, Faizal datang ke rumah. Faizal juga merupakan seorang bekas banduan yang baharu sahaja dibebaskan setelah dipenjarakan selama lapan tahun.

Suzi yang kini sudah berubah menjadi seorang muslimah tiada pilihan lain dan terpaksa menerima kehadiran Faizal yang tidak diduga kerana bekas teman lelakinya itu telah mengugut untuk memberitahu kisah jenayah mereka kepada Ismal.

Suzi juga sering berhubungan dengan kawan baiknya, Linda untuk mendapatkan nasihat dan pandangan dalam usaha menyelesaikan konflik tersebut. Apakah yang akan berlaku? Adakah Ismal akan mengetahui sejarah silam Suzi? Adakah Faizal akan melepaskan Suzi dan melupakan segala yang berlaku di antara mereka? Sama-sama kita saksikan.

Telefilem 6 Hari

Jangan lupa saksikan telefilem ‘6 Hari’ pada hari Sabtu, 13 Jun 2020, jam 9.00 malam secara eksklusif di empat buah saluran utama iaitu Astro Ria (104), Astro Ria HD (124), Astro Citra (108) dan Astro Citra HD (128). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, telefilem tersebut turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.

Selamat menonton dan kekal selamat!

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments