Wednesday, August 5
Home>>Informasi Hiburan>>Digital Durian Lancar 2 Aplikasi Edutainment Menghiburkan Buat Kanak-kanak
Didi & Friends KHH live August 2019
Informasi Hiburan

Digital Durian Lancar 2 Aplikasi Edutainment Menghiburkan Buat Kanak-kanak

Digital Durian telah melancarkan dua aplikasi baharu ‘Aplikasi Didi & Friends’ dan ‘Aplikasi Omar & Hana’ sebagai salah satu langkah proaktif syarikat itu dalam mengukuhkan jenamanya sebagai salah satu peneraju kandungan berbentuk edutainment tanah air.

Aplikasi berbayar serendah RM5.90 sebulan dan RM59.90 setahun kini boleh mula dimuat turun di Google Play Store bagi penguna Android, dan bagi peranti iOS di App Store dalam masa yang terdekat.

“Kami di Digital Durian sentiasa berusaha untuk menghasilkan kandungan yang mengujakan dan bermanfaat buat seisi keluarga terutamanya bagi kanak-kanak pra-sekolah, menerusi siri animasi kami ‘Didi & Friends’ dan ‘Omar & Hana’.

Kami percaya bahawa kedua aplikasi mesra kanak-kanak ini boleh menjadi salah satu medium bagi ibu bapa dan tenaga pengajar untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang interaktif dan menghiburkan bagi anak-anak.” – Sinan Ismail, Pengarah Eksekutif Digital Durian

.

Antara yang menarik di aplikasi Didi & Friends dan Omar & Hana ini adalah ciri gamifikasinya di mana pengguna akan dihadiahkan ‘bintang’ berdasarkan aktiviti yang dilakukan di aplikasi itu. Bintang-bintang yang terkumpul boleh ditebus untuk menukar ‘avatar’ pengguna mengikut kesukaan mereka.

Bagi aplikasi Didi & Friends, kanak-kanak boleh mendapat akses kepada pelbagai jenis topik pembelajaran terutamanya STEAM – sains, teknologi, kejuruteraan, kesenian dan matematik – manakala aplikasi Omar & Hana pula memfokuskan kepada doa-doa harian, selawat, zikir, kisah Nabi dan Al-Quran dan sebagainya.

‘Didi & Friends’ dan ‘Omar & Hana’ merupakan hasil produksi usaha sama Digital Durian dan Astro.

Sehubungan dengan itu, Digital Durian menawarkan 3 bulan langganan percuma, eksklusif bagi pelanggan Astro yang mengunakan telefon pintar atau tab pintar Android melalui program kesetiaan pelanggannya, Astro Rewards mulai 20 Julai hingga 20 September 2020.

Pelanggan Astro hanya perlu melayari laman web rasmi Astro Rewards bagi menebus kod unik tawaran ini. Untuk maklumat lanjut, terma dan syarat, serta langkah-langkah tebusan, layari www.rewards.astro.com.my.

Aplikasi ‘Didi & Friends’ dan ‘Omar & Hana’ terdapat dalam Bahasa Melayu manakala bagi aplikasi ‘Omar & Hana’ juga terdapat dalam Bahasa Inggeris untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments