Wednesday, September 16
Home>>Konsert>>3 Konsert Online High5JOOX Tampil Artis Terkenal Tanah Air
Konsert

3 Konsert Online High5JOOX Tampil Artis Terkenal Tanah Air

JOOX membawakan ‘Konsert Online High5JOOX” yang menampilkan Dayang Nurfaizah, Naim Daniel, Ismail Izzani, Daiyan Trisha, Floor 88, FML, Sophia Liana & Budak Ngam.

Peminat juga berpeluang memenangi pas eksklusif untuk berinterasksi secara langsung dengan idola mereka melalui panggilan video!

Nantikan tiga persembahan secara langsung dalam talian bersempena sambutan ulang tahun ke-5 High5JOOX, JOOX Malaysia.

Nantikan pukauan vokal dari Ledakan Duo: Naim Daniel dan Ismail Izzani, yang akan membuat persembahan bersama di konsert Online ini pada 25 Julai.

Dan jika anda peminat muzik rock, maka jangan lepaskan peluang untuk menikmati gegaran mantap muzik ini bersama Gegaran Band: Floor 88 pada 8 Ogos, kerana mereka akan membuktikan kepada peminat mengapa mereka adalah kumpulan yang paling banyak distrim di JOOX.

Sebagai penutup acara konsert ini, jangan lepaskan peluang keemasan untuk menyaksikan persembahan artis-artis JOOX ORIGINALS yang akan berlangsung pada 15 Ogos yang menggabungkan ratu balada Dayang Nurfaizah, penyanyi dan pencipta lagu Daiyan Trisha, artis duo R&B baharu FML, bintang Rap meningkat naik, Sophia Liana & Budak Ngam yang pasti akan menawan hati dengan keunikan masing-masing.

Konsert Online High5JOOX Poster

Jangan terlepas konsert dalam talian yang luar biasa ini! Tandakan kalendar anda sekarang:

  • 25 Julai, Sabtu 9 malam Naim Daniel and Ismail Izzani
  • 8 Ogos, Sabtu 9 malam Floor 88
  • 15 Ogos, Sabtu 9 malam JOOX ORIGINALS – Dayang Nurfaizah, Daiyan Trisha, FML, Sophia Liana & Budak Ngam

Sertailah keterujaan konsert ini dan RSVP sekarang di https://bit.ly/RSVPLedakanDuoJOOX!

Lebih hebat, dua pemenang bertuah akan dipiliholeh JOOX untuk memenangi pas eksklusif berinteraksi secara langsung dengan artis-artis ini menerusi panggilan video.

Peminat akan dipilih untuk setiap konsert. Maklumat lanjut penyertaan boleh didapati di laman Facebook JOOX Malaysia dan aplikasi JOOX!

Sama ada anda ingin menonton acara yang diterbitkan oleh JOOX buat julung kalinya, K-Pop IDOL STATION, projek lintasan muzik eksklusif JOOX ORIGINALS, dan I-LAND acara blockbuster Korea terbaru yang menampilkan raja menari K-Pop Rain dan penyanyi rap Korea, Zico, atau menonton siaran langsung dan berkaraoke bersama keluarga dan rakan anda, dengan hanya satu klik sahaja JOOX sedia memberikan pesta muzik hiburan dan harian peribadi anda.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments