Wednesday, December 2
Home>>Informasi Artis>>Single Ketiga Kucaimars – Mudah Bagimu
SINGLE COVER MUDAH BAGIMU
Informasi ArtisSingle

Single Ketiga Kucaimars – Mudah Bagimu

Setelah melancarkan single keduanya yang berjudul Khayalan pada Oktober tahun lepas, kini Kucaimars melancarkan single terbarunya yang berjudul ‘MUDAH BAGIMU’.

Kucaimars merupakan penulis lirik bagi single terbarunya ini dengan kerjasama Rudy Nastia dan Leo Azman.

‘MUDAH BAGIMU’ mengisahkan tentang kekasih yang ditinggalkan oleh pasangannya begitu sahaja.

“Saya mula buat single ini pada 2018 yang pada ketika itu saya buat untuk kawan saya yang tengah putus cinta dan menangis depan saya jadi malam itu juga saya ambil gitar dan terus rangka melodi. Saya ada juga beri sedikit sedutan di laman sosial media saya.

Alhamdulillah ianya mendapat sambutan dari peminat dan mereka meminta agar lagu ini siap sepenuhnya dan berada di semua pelantar digital. Saya berharap peminat saya berpuas hati setelah mendengar versi penuh ‘MUDAH BAGIMU’”.

SINGLE COVER MUDAH BAGIMU

“Kami berasa gembira dengan pelancaran single terbaru Kucaimars ini kerana dia sendiri terbabit secara langsung dalam penghasilan karyanya. Kami harap para peminatnya dapat melihat kesungguhan Kucaimars yang bukan sahaja ingin menyanyi tetapi juga menulis lagunya sendiri,” – Shah Shamshiri, selaku Pengurus Bahagian Domestik Warner Music Malaysia.

‘MUDAH BAGIMU’ merupakan terbitan Warner Music Malaysia boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes bermula 3 JULAI 2020.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments