Friday, December 4
Home>>Rancangan TV>>Lima Penjuru Masjid di TV Al-Hijrah Sempena Aidiladha 1441H
Lima Penjuru Masjid
Rancangan TV

Lima Penjuru Masjid di TV Al-Hijrah Sempena Aidiladha 1441H

Filem Lima Penjuru Masjid berkisar tentang perjalanan hijrah lima pemuda iaitu Bewok, Abian, Lukman, Gani dan Budi yang telah terpaut hati mereka pada masjid.

Mereka adalah gambaran tentang manusia yang lalai namun akhirnya menjalani kehidupan yang baik melalui solat lima waktu.

Kisah Bewok bermula apabila dia ditangkap kerana percubaan mencuri duit tabung masjid. Namun, nasibnya baik kerana dia tidak diserahkan kepada pihak polis sebaliknya hanya didenda untuk menjadi penjaga masjid selama 40 hari.

Budi pula seorang mahasiswa yang sedang dilanda masalah kerana tidak mampu menyelesaikan tunggakan yuran pengajian. Berbeza pula dengan Abian, dia diuji apabila muzik yang diperkenalkan kumpulannya tidak mendapat sambutan peminat.

Lukman dan Gani tidak terkecuali diuji. Perniagaan kedai dobinya berhadapan dengan masalah besar yang sukar diselamatkan.

Takdir menemukan kelima-lima mereka di Kawasan masjid. Mereka berbicara sambil berkongsi kisah kehidupan masing-masing

Pelakon: Aditya Surya Pratama, Zikri Daulay, Alfie Alfandy, Faisal Azhar Harahap, Zaky A Riva'i, Ahmad Syarif, M.Taufik Akbar, Arafah Rianti, Syakir Daulay, Rangga Azof Dan Ressa Rere.

Jangan lupa untuk menyaksikan Filem Lima Penjuru Masjid pada 1 Ogos 2020 pukul 9 malam di TV Al-Hijrah sempena Aidiladha 1441H

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments