Wednesday, September 23
Home>>Drama>>Bidadari Kiriman Tuhan – Mira Filzah Sahut Cabaran Bawa 2 Watak
Bidadari Kiriman Tuhan - Mira Filzah Sahut Cabaran Bawa 2 Watak
DramaPerkembangan Selebriti

Bidadari Kiriman Tuhan – Mira Filzah Sahut Cabaran Bawa 2 Watak

Bidadari Kiriman Tuhan – Mira Filzah sahut cabaran bawa dua watak, gandingan kali pertama bersama Zul Ariffin selaku teraju utama di Astro Ria untuk siaran bermula Ogos ini.

Drama bersiri ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ merupakan sebuah naskah asal yang mengangkat genre romantik dan kisah masalah rumahtangga hasil kerjasama pihak Astro Ria dan syarikat produksi Opera Klasik Sdn. Bhd.

Drama 25 episod ini diarahkan oleh sutradara Rashid Sibir yang turut bertindak selaku penulis skrip.

Poster Bidadari Kiriman Tuhan

‘Bidadari Kiriman Tuhan’ bakal bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 25 Ogos 2020 menerusi slot Megadrama secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Lebih menarik lagi, para penonton juga bakal disajikan dengan dua buah episod secara berturut-turut sempena tayangan perdana yang akan bermula pada malam ini.

“Saya gembira diberikan kepercayaan oleh Astro untuk menghasilkan karya ini, lebih-lebih lagi untuk slot Megadrama.

Terus terang saya berasa sangat gemuruh apabila memikirkan reaksi penonton apabila drama ini ditayangkan nanti. Kami dari pihak Opera Klasik cuba lari dari kebiasaan dan lari dari 'cliche' dan mengadaptasikan gerak kamera berlainan dan memperbanyakkan” – Rashid Sibir.

Trivia Drama ‘Bidadari Kiriman Tuhan’

Bidadari Kiriman Tuhan - Mira Filzah Sahut Cabaran Bawa 2 Watak

Drama ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ menyerlahkan sisi lakonan berbeza Mira Filzah yang menyahut cabaran membawakan dua watak yang berbeza karakter iaitu sebagai Cikgu Manis dan Manja.

Karakter Manja selaku seorang gadis lembam yang dipegang oleh Mira Filzah cukup mencabar dan memerlukan kajian yang mendalam tentang isu kesihatan mental bagi mendapatkan penjiwaan watak yang menyakinkan.

Drama ini juga merupakan drama lakonan terakhir Mira Filzah sebelum menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Drama ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ merupakan drama pertama yang menggandingkan Mira Filzah dan Zul Ariffin selaku teraju utama.

Antara cabaran terbesar sepanjang penghasilan drama ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ ialah penggambaran yang tertangguh selama tiga bulan sepanjang perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana dikhuatiri akan mengganggu mood dan momentum penggambaran.

Lokasi utama penggambaran drama ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ telah dijalankan di sekitar Ijok, Sungai Besar, Sekinchan dan Tasik Puteri serta mengambil masa lebih kurang 70 hari untuk disudahkan.

Lagu ‘Wajah Kekasih’ nyanyian Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut diangkat sebagai lagu tema untuk drama bersiri ini.

Sinopsis Drama ‘Bidadari Kiriman Tuhan’

Bidadari Kiriman Tuhan - Mira Filzah Zul Ariffin

Drama ‘Bidadari Kiriman Tuhan’ mengisahkan tentang perjalanan hidup Manis (lakonan Mira Filzah), seorang guru tadika yang berusia 25 tahun dan kembar seirasnya, Manja (lakonan Mira Filzah) yang agak lembam.

Manis dan Manja hidup bersama mak (lakonan Zarina Zainuddin) dan nenek (lakonan Mak Mah) mereka yang sakit. Pelbagai dugaan dan tanggungjawab yang dipikul oleh Manis, namun dia tidak pernah mengeluh.

Sehinggalah Manis jatuh hati pada seorang guru sekolah rendah bernama Yusuf (lakonan Zul Ariffin), hubungan adik beradik itu mula tergugat.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments