Saturday, September 26
Home>>Rancangan TV>>Tayangan Perdana Kandungan Astro Sempena Hari Kemerdekaan
Tayangan Perdana Kandungan Astro Sempena Hari Kemerdekaan
Rancangan TV

Tayangan Perdana Kandungan Astro Sempena Hari Kemerdekaan

Astro memberi penghargaan sempena Hari Kebangsaan ke-63 negara ini dengan tayangan perdana kandungan-kandungan baharu yang meraikan sejarah Malaysia yang berkepelbagaian, kekayaan budaya dan kekuatan semangat masyarakat, di Astro, Astro GO, dan On Demand.

Para pelanggan boleh menikmati telefilem baharu, program eksklusif Merdeka dan dokumentari-doumentari daripada kempen Astro, ‘Malaysiaku, Kita Selamat Bersama’, dari 25 Ogos hingga 17 September 2020.

Antara beberapa tajuk baharu adalah:

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Bertakhta Di Hati Rakyat: Dokumentari yang merangkumi 2 bahagian ini diarahkan oleh Basir Siswo, menyingkap kehidupan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan pertabalannya sebagai Agong Malaysia ke-16.

(Astro Prima [saluran 105], 30 & 31 Ogos, 9.30 malam)

Malaysia vs Covid-19 diarahkan oleh Lina Tan, beliau meneroka kisah-kisah yang menyentuh hati mengenai pesakit dan ahli keluarga mereka, barisan hadapan dan sukarelawan semasa wabak COVID-19 serta bagaimana rakyat Malaysia gigih membantu, melindungi dan menyelamatkan satu sama lain termasuk negara yang mereka cintai.

(Astro Ria [saluran 104], Astro AEC [saluran 306], Astro Vinmeen HD [saluran 231], Hello [saluran 702] dan Astro Awani [saluran 501] pada 12 September, 6 petang)

Judi Dench Wild Borneo Adventure menceritakan perjalanan menakjubkan Judi Dench, seorang pelakon wanita Britain dan pemenang Anugerah Akademi, dalam menemui hutan hujan yang subur, hidupan liar ajaib dan pantai yang menakjubkan di Borneo Malaysia.

(Discovery Asia [saluran 553], 6 September, 9 malam)

Work To Live S2 mempamerkan warisan tradisional yang semakin pudar, tetapi dihidupkan kembali oleh anak-anak muda yang memberi kehidupan baharu ke dalam perdagangan tradisional seperti pendamping perkahwinan, tenunan rotan, ubat tradisional dan banyak lagi.

(Astro AEC [saluran 306], 6 September, setiap hari Ahad, 9 malam)

Ottrumaiye Balam memaparkan sebuah koleksi enam cerita pendek bertema “lebih kuat bersama” dari setiap dekad bermula 1950-an dan diarahkan oleh S. Balachandran, Shunmugam Karuppannan (Shan) dan Ravivarman Vicraman @Candyman.

(Astro Vaanavil [saluran 201], 30 & 31 Ogos, 2 petang).

Aku Posmen, Kau Latifah, Dia Joseph

Program-program eksklusif bertemakan Merdeka termasuklah Aku Posmen, Kau Latifah, Dia Joseph dibintangi Lisa Surihani, menggambarkan seorang janda yang memerangi kemurungan setelah kehilangan suaminya yang berkhidmat dalam tentera dan perjalanannya untuk kembali pulih.

H Live Special 63 Tahun Muzik, H Live Special 63 Tahun Filem, Motif Viral, Bawang Live (Astro RIA [saluran 104]); Punchline (Astro Warna [saluran 107]); 24 for 2020 Merdeka menampilkan BoBoiBoy Movie 2, Gostan, Super Game Boy: The Geng Return (Astro Ceria [saluran 611]);

Bola@Mamak, PM Bersama AM, Berbulu ngan Burn dan Borak Borak Botak meraikan momen-momen sukan terbaik Malaysia (Astro Arena [saluran 801]); 8 filem Tamil Terbaik Malaysia (Astro Vaanavil [saluran 201]), Nakkeeran dan Rap Porkalam Grand Finals (Astro Vinmeen [saluran 231]).

Astro Awani (saluran 501) akan menampilkan sorotan khas mengenai sejarah negara kita dan norma-norma baharu yang menjurus kepada Agenda Awani Khas Merdeka dan Consider This bersama Eddin Khoo dalam projeknya, Rukun Negara (31 Ogos).

Astro Radio akan memulakan kempen ‘Sapot Lokal’ dalam usaha menyokong pemuzik tempatan, perniagaan tempatan dan pendengar di kesemua 11 jenama radio dan di aplikasi SYOK.

Ini termasuk lebih banyak muzik tempatan di ERA, SINAR, HITZ dan RAAGA sementara LITE akan memaparkan kisah-kisah yang menggembirakan rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat.

Tayangan Perdana Kandungan Astro Sempena Hari Kemerdekaan

Kempen ‘Malaysiaku, Kita Selamat Bersama’ mengingatkan rakyat Malaysia untuk menerapkan semangat kebersamaan serta tetap aman dan kukuh sebagai sebuah negara. Tanda pagar #Malaysiaku #KitaSelamatBersama, kempen ini menggunakan ‘pantun’ untuk memperkuatkan keunikan kepelbagaian budaya di Malaysia.

Personaliti Astro seperti Luqman Hariz (Astro Awani), Suresh (RAAGA) dan Hui Mei (AEC) akan muncul dalam siri video berkaitan scenario di Malaysia, dengan membaca ‘pantun’ yang dibuat khas, masing-masing akan membawa mesej positif tersendiri.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments