Wednesday, September 16
Home>>Informasi Hiburan>>TV AlHijrah Jalin Kerjasama Strategik Bersama Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM
Pelancaran Kerjasama TVAH & JHEV sempena Kempen Tabung Pahlawan
Informasi Hiburan

TV AlHijrah Jalin Kerjasama Strategik Bersama Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM

TV AlHijrah bersama Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) berganding bahu mengumpul dana membantu veteran ATM terutamanya mereka yang berada dalam kategori kurang berkemampuan, veteran kurang upaya (VKU) serta balu dan anak- anak Veteran ATM.

program bual bicara Assalamualaikum

Majlis pelancaran program rakan strategik yang diadakan secara langsung di dalam program bual bicara Assalamualaikum di TV AlHijrah pada hari ini disertai oleh empat barisan kepimpinan negara iaitu Timbalan Menteri Pertahanan, Dato' Seri
Ikmal Hisham Abdul Aziz, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, Dato' Sri Muez Abd Aziz, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Haji Affandi Buang dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Dato’ Dzulkarnain Ahmad.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Encik Namanzee Harris berkata, TV AlHijrah mengambil tanggungjawab penuh dalam memastikan misi mengumpul dana Kempen Tabung Pahlawan ini berjaya mencapai sasarannya.

“Kami berbesar hati menjadi rakan media yang membantu Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) mengumpul dana bagi membantu veteran ATM yang memerlukan. Justeru, kami pastikan kempen yang dilaksanakan di TV AlHijrah ini bersifat holistik dan bersifat 360 darjah”.

Pelancaran Kerjasama TVAH & JHEV sempena Kempen Tabung Pahlawan

Namanzee Harris berkata, kempen ini secara rasmi akan dijalankan TV AlHijrah bermula hari ini sehingga penghujung bulan September 2020.

Ini adalah antara kempen yang kami rencanakan bagi sambutan Hari Kebangsaan selain daripada barisan rancangan-rancangan istimewa di televisyen seperti rancangan MY #QuranTime, rancangan animasi menerusi slot Anifest, Berita AlHijrah dan banyak lagi.

Setiap sumbangan sama ada besar atau kecil adalah amat bermakna dan akan disalurkan kepada pihak JHEV. Penonton boleh melayari laman sesawang rasmi iaitu http://tabungpahlawan.jhev.gov.my bagi mendapatkan butiran langkap tatacara melakukan transaksi sumbangan.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments