Monday, October 26
Home>>Album>>Single>>Luahan Rindu “300 Saat” Cinta Bunga & Amzar Sabri
300 Saat Bunga Amzar Sabri
SingleVideo Klip

Luahan Rindu “300 Saat” Cinta Bunga & Amzar Sabri

Bunga Amzar Sabri
Sering berkongsi kemesraan di laman media sosial, kisah cinta antara penyanyi rap wanita Bunga dan anggota kumpulan duo Razqa, Amzar Sabri bukanlah lagi suatu rahsia.

Sejak hubungan cinta mereka dapat dihidu, peminat sudah tidak sabar menantikan pasangan kekasih yang sama cantik dan berbakat ini berkolaborasi dalam lagu.

Sejak seminggu yang lalu, pasangan ini sudah mula mengacah peminat menerusi laman sosial media mereka akan kemunculan karya terbaharu mereka. Seperti yang dinanti-nantikan peminat, Bunga dan Amzar Sabri bakal muncul dengan kolaborasi mereka yang berjudul “300 SAAT”.

300 Saat Bunga Amzar Sabri

“300 SAAT” merupakan karya ciptaan Amzar Razqa, Bunga, dan Mekar. Manakala lirik ditulis oleh dua pasangan sejoli ini sendiri. Lagu yang disusun dinamik dengan elemen muzik kontemporari, bertunjangkan petikan piano indah yang melatari lirik yang sarat dengan mesej kerinduan.

Mengulas tentang bagaimana tercetusnya inspirasi untuk menghasilkan lagu ini, Bunga berkata,

“Sebenarnya lagu ini tercipta ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Apabila pergerakan terbatas dan hanya berkurung di rumah sahaja. Masing-masing pula berjauhan, hanya mampu berkomunikasi melalui telefon sahaja. Mungkin sebab bosan dan tertekan dengan suasana ketidaktentuan pada masa itu, menyebabkan kami asyik bergaduh. Tapi lepas gaduh, merindu pula. Dari situlah kami mendapat ilham untuk lagu ini.”

Peluang muncul dalam karya bersama Bunga, Amzar Sabri pula menjelaskan,

“Kami memang sudah lama ada perancangan untuk berkolaborasi dalam lagu. Alhamdulillah, kami diberikan ilham untuk berkarya untuk menghasilkan lagu ini. Saya bersyukur kerana syarikat rakaman Warner Music Malaysia suka dengan lagu ini dan setuju untuk melancarkannya sebagai single kedua Bunga. Lagu ini sangat istimewa buat kami kerana buat pertama kalinya kami tampil bersama dalam satu karya,”

“300 SAAT” merupakan single kedua Bunga yang diterbitkan oleh Warner Music Malaysia.

Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 25 SEPTEMBER 2020 manakala video muzik rasmi “300 SAAT” boleh ditonton di saluran Youtube Warner Music Malaysia

Lirik Lagu 300 Saat – Bunga & Amzar

Intro Chorus:
Aku tarik nafas pejamkan mata kenang yang indah,
5 minit sendu,
Aku tarik nafas pejamkan mata kenang yang lalu,
Tenang ku hirup nafas 300 saat,
So 300 lu,
300 saat ku mengenangkan mu.

Verse Bunga:
Setiap detik waktu
Dan di saat ku buntu
Yang bantu cuma kamu
Dan tak pernah jemu

Tiada yang lain
Kau yang satu
Seputih kain
Ku corak kau atur tu sudah tentu

Merata mencari di mata ku buta
Diberi segala tiada satu pun kau dusta
Demi masa kita dalam rugi
Jadi 300 saat ku sedar ku diuji

Pre Chorus:
Dan sepertinya
Kita mengalah
Bukan kerna menangkan siapa
Selagi ada, jaga
Selagi mana hidup kita bersama

Chorus:
Aku tarik nafas pejamkan mata kenang yang indah,
5 minit sendu,
Aku tarik nafas pejamkan mata kenang yang lalu,
Tenang ku hirup nafas 300 saat,
So 300 lu,
300 saat ku mengenangkan mu.

Verse Amzar:
Kita sadar ingin bersama
Tapi tak bisa apa apa
Terasa lengkap bila kita berdua
Terasa sedih bila engkau tiada

Di dekatmu
Walau seinci terasanya jauh
Dan bila berlakunya sesuatu
Lagi buat aku rindu padamu

Pre Chorus:
Dan sepertinya
Kita mengalah
Bukan kerna menangkan siapa
Selagi ada, jaga
Selagi mana hidup kita bersama

Chorus:
Aku tarik nafas pejamkan mata kenang yang indah,
5 minit sendu,
Aku tarik nafas pejamkan mata kenang yang lalu,
Tenang ku hirup nafas 300 saat,
So 300 lu,
300 saat ku mengenangkan mu.

Bridge:
Uuuuuuuuuuuuuuuuuu hahahahhaa

Chorus:
Aku tarik nafas pejamkan mata kenang yang indah,
5 minit sendu,
Aku tarik nafas pejamkan mata kenang yang lalu,
Tenang ku hirup nafas 300 saat,
So 300 lu,
300 saat ku mengenangkan mu.
(2x)

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments