Monday, October 26
Home>>Rancangan TV>>The Masked Singer Malaysia : Ebby Saiful “Rimau” Tersingkir Minggu Ke-2
The Masked Singer Malaysia - Rimau
Rancangan TVThe Masked Singer Malaysia

The Masked Singer Malaysia : Ebby Saiful “Rimau” Tersingkir Minggu Ke-2

Minggu kedua The Masked Singer Malaysia menyaksikan identiti selebriti di sebalik kostum Rimau didedahkan, dan juri serta audiens rata-rata tidak menyangka bahawa pelakon, penyanyi, komposer, pemuzik dan pengarah drama TV yang popular Malaysia dan Singapura pada era 1980an, Ebby Saiful adalah penyanyi misteri itu!

Setiap minggu, 12 selebriti membuat persembahan yang dinilai 100% oleh juri-juri tetap, Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam, dan Angah SINAR.

Program yang dihoskan oleh pengacara tersohor Datuk AC Mizal itu menyaksikan hanya kemahiran vokal dan sisi kreativiti yang dipertaruhkan kerana kesemua peserta mengenakan kostum dari kepala hingga ke kaki.

Tiga selebriti – kostum ABC, Musang King dan Rimau – terpaksa akur dengan pemarkahan juri yang meletakkan mereka di ‘bottom three’ pada minggu kedua.

The Masked Singer Malaysia - Ebby Saiful
Ebby Saiful di sebalik topeng Rimau di program The Masked Singer Malaysia!

Dengan markah terendah sebanyak 69%, Ebby Saiful yang mendendangkan lagu I Want You To Love Me oleh Alif Satar tersingkir dari program nyanyian anjuran Astro Warna itu dan mendedahkan identitinya kepada para juri dan audiens.

Ebby Saiful sebelum ini begitu dikenali menerusi filem-filem hebat di sekitar tahun 80an dan 90an seperti Ali Setan, Marah-Marah Sayang, Hantu Siang, Suara Kekasih dan Sumpahan Mahsuri.

Kini, tinggal 10 sahaja lagi selebriti di sebalik topeng – Musang King, Orang Utan, Rajah Brooke, Wau, ABC, Enggang, Ayam Jantan, Reno, Rafflesia dan Bunga Raya – yang akan berentap demi gelaran juara pertama The Masked Singer Malaysia!

Siapakah mereka? Saksikan program penuh kejutan ini di saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) pada setiap Jumaat, jam 9 malam. Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments