Sunday, October 25
Home>>Rancangan TV>>The Masked Singer Malaysia>>The Masked Singer Malaysia : Zain Hamid (Ruffedge) Disebalik Identiti Musang King
Zain Hamid The Masked Singer Malaysia
The Masked Singer Malaysia

The Masked Singer Malaysia : Zain Hamid (Ruffedge) Disebalik Identiti Musang King

Musang king The Masked Singer Malaysia
Penuh kejutan, minggu keempat The Masked Singer Malaysia berjaya menepis segala tekaan barisan juri, audiens dan netizen apabila penyanyi, pelakon, dan pengacara Zain Hamid (Ruffedge) didedahkan sebagai selebriti misteri disebalik kostum Musang King!

Juri tetap, Remy Ishak yang baru sahaja menjalani sesi penggambaran bersamanya pada hari yang sama, juga tidak menyangkakan bahawa rakannya sendiri berada dalam kostum itu!

Konsert mingguan The Masked Singer Malaysia pada mulanya menyaksikan 12 selebriti bertopeng membuat persembahan yang dinilai 100% oleh juri-juri tetap, Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam, dan Angah SINAR.

Sekarang, tinggal 8 sahaja selebriti di sebalik topeng yang akan berentap demi gelaran juara pertama The Masked Singer Malaysia!

Zain Hamid The Masked Singer Malaysia
Penyanyi, pelakon, dan pengacara Zain Hamid (Ruffedge) didedahkan sebagai selebriti misteri disebalik kostum Musang King!

Disiarkan pada setiap Jumaat dari Teater Shah Alam, program yang dihoskan oleh pengacara tersohor Datuk AC Mizal itu hanya mempertaruhkan kemahiran vokal dan sisi kreatif para peserta kerana kesemua peserta mengenakan kostum dari kepala hingga ke kaki.

Kostum-kostumnya adalah Orang Utan, Rajah Brooke, Wau, Enggang, Ayam Jantan, Reno, Rafflesia dan Bunga Raya!

Pada minggu keempat, terdapat tiga selebriti – Orang Utan, Bunga Raya, dan Musang King – yang terpaksa akur dengan pemarkahan juri yang meletakkan mereka di ‘bottom three’. Dengan markah terendah sebanyak 67%, Zain Hamid yang mendendangkan lagu Situasi dendangan asal Bunkface tersingkir dan akhirnya mendedahkan identitinya kepada para juri dan audiens.

Siapakah selebriti yang berada di sebalik kostum Orang Utan, Rajah Brooke, Wau, Enggang, Ayam Jantan, Reno, Rafflesia dan Bunga Raya?

Saksikan program penuh misteri The Masked Singer Malaysia di saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) pada setiap Jumaat, jam 9 malam. Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments