Monday, October 26
Home>>Informasi Hiburan>>JOOX Lancar K-Pop Music Library & Karaoke Catalogue Terbesar Di Asia
Blackpink Special on JOOX
Informasi Hiburan

JOOX Lancar K-Pop Music Library & Karaoke Catalogue Terbesar Di Asia

JOOX melancarkan K-Pop Music Library & Karaoke Catalogue terbesar di Asia dengan kandungan daripada YG Entertainment, label terkemuka dunia yang membawakan kumpulan popular seperti BLACKPINK, BIGBANG, iKON, TREASURE, WINNER dan ramai lagi.

Selepas lebih daripada empat tahun debut mereka, kumpulan gadis terhangat BLACKPINK telah melancarkan album penuh pertama mereka, yang mendapat sambutan hangat dan memberangsangkan daripada peminat mereka.

Blackpink Special on JOOXBagi meraikan populariti BLACKPINK yang semakin meningkat dan juga fenomena K-Pop secara keseluruhannya,

JOOX, platform penstriman muzik paling berdedikasi di Asia, menghimpunkan K-Pop Music Library & Karaoke Catalogue terbesar di Asia dengan penambahan lagu-lagu terbaharu.

Pencinta karaoke dan K-pop di tanah air bukan sahaja dapat menyanyikan lagu-lagu dari album terbaharu Blackpink ‘THE ALBUM’ tetapi juga dapat menikmati hit artis-artis popular lain di bawah naungan YG Entertainment seperti BIGBANG, iKON, TREASURE, WINNER dan ramai lagi.

JOOX sekali lagi membuktikannya sebagai platform pilihan Asia untuk penstriman muzik dan hiburan antarabangsa dan K-Pop, di mana peminat K-pop dapat menikmati lagu-lagu popular dan terkini termasuklah lagu terbaharu Blackpink ‘Love Sick Girl’, ‘Ice Cream’ yang merupakan lagu kolaborasi bersama Selena Gomez, ‘How You Like That’, dan termasuklah 8 lagu terbaharu daripada album mereka seperti ‘Playing with Fire’, yang turut dimuatkan dalam musim terbaharu permainan PUBG “Spark The Flame”.

Katalog karaoke K-pop terbesar di Asia ini disediakan oleh JOOX kepada para peminat K-pop di Asia terutamanya di Malaysia dengan harapan ianya dapat memberikan kepuasan tersendiri kepada peminat K-Pop.

JOOX juga berharap dapat memperluaskan koleksi muzik dan katalog Karaoke dari semasa ke semasa.

Pengguna JOOX Karaoke boleh menyanyikan lagu-lagu daripada kumpulan K-pop popular seperti ‘Bang Bang Bang’ BIG BANG; ‘Adore You’ dan ‘LOVE SCENARIO’ iKON; ‘I Love You’ TREASURE dan ‘Million’ Winner;. Lagu-lagu tersebut telah tersedia di kedua-dua pustaka JOOX dan “Quick Sing”.

Adakah anda salah seorang peminat setia Blackpink? Tunjukkan kepada dunia betapa anda menyukai Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa dengan mendengarkan ‘THE ALBUM’ di JOOX. Nantikan lebih banyak senarai lagu K-Pop dibawakan oleh JOOX.

Blackpink Special on JOOX

“K-Pop merupakan salah satu fenomena muzik terbesar di dunia dan JOOX akan sentiasa memastikan bahawa peminat K-Pop tidak akan pernah ketinggalan untuk mendengar, menari, dan menyanyikan lagu-lagu kegemaran mereka melalui Karaoke dan fungsi “Quick Sing”.

Penambahan lagu-lagu terbaharu daripada album BLACKPINK dan juga hit popular dari YG Entertainment ke pustaka muzik dan katalog karaoke kami memberikan peluang kepada pengguna setia JOOX untuk mengakses artis-artis K-Pop yang popular dan terhangat. Ianya sekaligus membuktikan komitmen kami untuk memberikan muzik dan hiburan yang terbaik kepada peminat muzik di Asia terutamanya di Malaysia kerana mereka sememangnya layak untuk mendapatkannya,” – Angie Tan, Pengurus JOOX Malaysia.

Fitur “Quick Sing” adalah salah satu hiburan untuk menyanyi, menari dan menunjukkan bakat muzik pengguna JOOX kepada dunia.

Dengan wujudnya fitur “Quick Sing” ini, para pengguna tidak perlu lagi menyanyikan lagu kegemaran mereka secara keseluruhan kerana fitur ini menyediakan bahagian korus lagu untuk terus dinyanyikan, sekaligus membolehkan pengguna fokus kepada bahagian lagu yang paling menarik dan mempamerkan gerakan tarian kreatif mereka dalam video sambil diiringi oleh lagu kegemaran mereka.

YG Entertainment

Raikan muzik Blackpink dan artis YG Entertainment lainnya dan jangan lupa untuk berkongsi berita gembira ini kepada semua orang dan buktikan kenapa K-Pop berjaya menawan dunia.

Dengan lebih daripada 30 juta lagu dalam pustaka muziknya dari seluruh dunia, JOOX menghubungkan anda ke artis kegemaran anda, lagu, album dan senarai lagu peribadi. Nikmati muzik pilihan anda pada bila-bila masa dan dimana jua anda berada dengan memuat turun JOOX di telefon melalui Apple App Store dan Google Play Store, atau layari laman web JOOX.

Lebih banyak muzik dan persembahan secara langsung oleh artis tempatan dan antarabangsa, serta pertunjukan dan program baru yang menarik, yang akan dibawa oleh JOOX kepada anda!

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments