Monday, October 26
Home>>Informasi Artis>>Luqman Podolski Muncul Dengan “Kembar”
Luqman Podolski
Informasi ArtisSingle

Luqman Podolski Muncul Dengan “Kembar”

Luqman Podolski - Kembar
Bermula sebagai personaliti media sosial yang sering berkongsi video-video jenaka sejak tahun 2014 , Luqman Podolski menggilap bakatnya sebagai rapper menerusi single debutnya ‘Sorang’ pada Ogos tahun lalu.

Selain daripada mencipta kandungan video jenaka di YouTube, personaliti yang mesra disapa sebagai Luqman ini juga sudah mula mencipta kandungan permainan secara penstriman menerusi laman Facebook.

Tidak pernah berhenti mencari idea untuk menghibur peminatnya, personaliti yang boleh melawak, berlakon, mengacara dan menyanyi ini berjaya mengekalkan namanya dalam industri kreatif sehingga kini. Terkini, pemilik nama sebenar Luqmanulhakim Kamaruddin ini bakal muncul dengan single terbaharunya berjudul “KEMBAR”.

Single “KEMBAR” merupakan karya ciptaan Luqman sendiri bersama Sabbala. Manakala kumpulan Hip-Hop tempatan MassMusic menyumbang magis mereka sebagai penerbit rakaman lagu ini. Sejak mula mencipta nama pada tahun 2014, Luqman sering diusik peminat tentang kewujudan orang yang seiras muka atau gayanya yang digelar kembarnya.

Luqman Podolski

Mengambil inspirasi daripada usikan peminat ini, Luqman menzahirkan buah fikirnya dalam bentuk lagu. Mengulas tentang maksud di sebalik lagu ini,

“Lagu ini bercerita bahawa kita lebih mengenali diri sendiri. Diri yang kita tunjuk kepada orang ramai berbeza dengan diri ketika kita bersendirian. Walaupun ada ramai orang yang ada paras rupa atau gaya seperti kita, tetapi mereka bukan kita. Pengalaman hidup masing-masing berbeza. Itu yang menjadikan setiap daripada kita unik dan berbeza daripada orang lain.”

“KEMBAR” merupakan single yang dipetik daripada album studio Luqman yang berjudul ‘HITAM PUTIH EP’ yang bakal menemui pendengar tidak lama lagi.

“KEMBAR” diterbitkan Black Hat Cat Records dan diedarkan oleh Warner Music Malaysia. Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music sejak 7 OKTOBER 2020 manakala video muzik rasmi “KEMBAR” boleh ditonton di saluran Youtube Black Hat Cat Records sejak 8 Oktober 2020.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments