Monday, November 23
Home>>Rancangan TV>>The Masked Singer Malaysia>>The Masked Singer Malaysia : Chiwan ‘Reno’ Tersingkir, 6 Mara Separuh Akhir
Reno Tersingkir
The Masked Singer Malaysia

The Masked Singer Malaysia : Chiwan ‘Reno’ Tersingkir, 6 Mara Separuh Akhir

Chiwan Reno The Masked Singer Malaysia
Enam minggu sudah berlalu, kini pentas Separuh Akhir pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri The Masked Singer Malaysia bakal menyaksikan 6 selebriti bertopeng membuat persembahan dan berentap demi gelaran juara musim pertama The Masked Singer Malaysia!

Sementara itu, pada minggu keenam yakni suku akhir program yang dihoskan oleh pengacara tersohor Datuk AC Mizal itu telahpun menyaksikan tiga selebriti – Rajah Brooke, Wau dan Reno – terpaksa akur dengan pemarkahan juri yang meletakkan mereka di ‘bottom three’.

Malang sekali dengan markah terendah sebanyak 72%, identiti Chiwan Chilok di sebalik kostum Reno terpaksa didedahkan kepada juri dan para audiens kerana telahpun tersingkir.

Menurut Chiwan, beliau berasa terharu kerana rata-rata penonton program The Masked Singer Malaysia berjaya meneka namanya ketika mengenakan kostum Reno, dan tidak menyangka ramai yang mengenali suaranya biarpun dirinya kurang dikenali ramai.

Reno Tersingkir

“Berdasarkan apa yang saya tengok di Instagram dari minggu pertama lagi, ramai yang teka nama saya. Kiranya saya diterima dalam industri ini. Dengan suara saja orang boleh kenal, kiranya mereka betul-betul hargai kita.”

Beliau juga menyatakan terpaksa menahan diri daripada membalas mesej yang dihantar pengikut di ruangan pesanan. “Banyak yang komen dan tagged saya. Saya diam sahaja tak cakap apa-apa. Selalunya saya tak macam ni, saya akan melayan setiap mesej yang diterima.” katanya.

Program The Masked Singer Malaysia yang berlangsung pada Jumaat dari Royal Theater Shah Alam ini dinilai 100% oleh juri-juri tetap Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam, dan Angah SINAR.

Siapakah di antara Orang Utan, Rajah Brooke, Wau, Enggang, Rafflesia dan Bunga Raya yang akan bergelar finalis? Saksikan pentas Separuh Akhir The Masked Singer Malaysia di saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) pada Jumaat, jam 9 malam!

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments