Friday, October 23
Home>>Rancangan TV>>Siri Komedi Generasi Millennial ‘SMK’ Kembali Untuk Musim Kedua di Astro Ceria
SMK Musim Kedua
Rancangan TV

Siri Komedi Generasi Millennial ‘SMK’ Kembali Untuk Musim Kedua di Astro Ceria

Selepas mengungguli kategori ‘Best Quarantine-Themed Drama/Feature/Programme’ di Anugerah ContentAsia 2020 yang berlangsung pada Ogos lalu, jenama SMK di bawah naungan Astro Ceria kini kembali dengan drama bersiri untuk musim yang kedua.

SMK, sebuah siri komedi generasi millennial menampilkan bakat-bakat muda popular seperti Wafiy Aan, Mia Sara Nasuha, Rykarl Iskandar, Arena Wan, Erissa Puteri, Fikry Kiki dan ramai lagi.

Tambah menarik, rantaian siri kali ini turut menampilkan pelakon sensasi tanah air, Elly Mazlein atau lebih dikenali dengan gelaran Kak Lina Pom Pom bersama pengacara dan pelakon lelaki yang kian meningkat naik, Sean Lee.

Elly Mazlein akan menyandang watak sebagai seorang guru disiplin, Cikgu Aini, manakala Sean Lee sebagai pelajar senior di sekolah tersebut bernama Zul!

Pengurus Saluran Astro Ceria, Cecilia Wong

“Penghasilan musim kedua siri komedi SMK ini merupakan sebahagian daripada strategi keseluruhan kami untuk mengekalkan kedudukan Astro Ceria sebagai sebuah saluran yang menyediakan kandungan yang selamat, sihat, dan santun; sesuai untuk semua lapisan masyarakat, terutamanya kanak-kanak.

Ternyata, kemenangan telefilem ‘SMK: Raya Dekat Jauh’ di Anugerah ContentAsia baru-baru ini membakar semangat kami untuk mengukuhkan lagi kualiti penerbitan kami.” – Pengurus Saluran Astro Ceria, Cecilia Wong.

SMK Musim 2 bakal menemui peminat pada setiap hari Rabu mulai 7 Oktober ini, 9.00 malam di Astro Ceria (CH631) dan Ceria HD (CH611)! Musim terbaharu ini juga boleh distrim melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand. Peminat SMK juga boleh menyertai ‘maraton SMK’ pada 7 Oktober, mulai 5 petang di saluran Astro Ceria.

Peminat SMK juga boleh menghantarkan komen di Instagram rasmi SMK (@smk.kita) dengan tanda pagar #SMKMusim2, di mana komen-komen mereka mungkin akan disiarkan secara langsung di saluran Astro Ceria.

SINOPSIS ‘SMK MUSIM KE-2’

SMK Musim Kedua

Adam, Mal, Alya, Veena, Lisa, Arif, Boi, Nana dan Endi merupakan sekumpulan rakan karib yang melalui pelbagai cabaran dan detik-detik manis bersama sepanjang berada di Tingkatan 3.

Pada musim ini, mereka berhadapan dengan pandemik COVID-19 yang telah mengubah sepenuhnya cara mereka berinteraksi di sekolah.

Walaupun berdepan dengan norma baharu, sesi persekolahan mereka tetap berjalan seperti biasa… dan luar biasa. Pelbagai situasi berlaku sehingga mencabar persahabatan mereka namun setiap perkara yang terjadi ternyata mematangkan mereka sehingga menjadi contoh bagi pelajar yang lain.

SMK musim kedua dimeriahkan lagi oleh lagu temanya, ‘SMK Kita’ yang didendangkan oleh Wafiy Aan dan Erissa Puteri. Ditulis dan digubah oleh saudara Faris Fuad, lagu tema ini boleh didapatkan di saluran YouTube rasmi Astro Ceria.

Mulai 7 Oktober ini, saksikan musim terbaharu SMK pada setiap Rabu, jam 9 malam di Astro Ceria (CH631) dan Ceria HD (CH611)! Musim terbaharu ini juga boleh distrim melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments