Minggu ketiga The Masked Singer Malaysia berjaya membuat barisan juri serta audiens terpaku dan teruja apabila pelakon, penyanyi dan pengacara Yana Samsudin didedahkan sebagai selebriti misteri disebalik kostum ABC!
Dengan statusnya yang kini sarat mengandung 8 bulan, memang tidak disangkakan beliau akan berada di pentas The Masked Singer Malaysia. Ternyata elemen kejutan program ini cukup menjadi!
Konsert mingguan yang berlangsung pada Jumaat dari Teater Shah Alam itu menyaksikan 12 selebriti membuat persembahan yang dinilai 100% oleh juri-juri tetap, Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam, dan Angah SINAR.
Program yang dihoskan oleh pengacara tersohor Datuk AC Mizal itu menyaksikan hanya kemahiran vokal dan sisi kreativiti yang dipertaruhkan kerana kesemua peserta mengenakan kostum dari kepala hingga ke kaki.

Tiga selebriti yang terpaksa akur dengan pemarkahan juri yang meletakkan mereka di ‘bottom three’ pada minggu ketiga adalah kostum ABC, Ayam Jantan dan Orang Utan.
Dengan markah terendah sebanyak 72%, Yana Samsudin yang mempersembahkan lagu Aku Bidadari Syurgamu dendangan asal Datuk Seri Siti Nurhaliza tersingkir dan akhirnya mendedahkan identity misterinya kepada para juri dan audiens.
Kini, hanya 9 sahaja selebriti di sebalik topeng yang akan berentap demi gelaran juara pertama The Masked Singer Malaysia! – Musang King, Orang Utan, Rajah Brooke, Wau, Enggang, Ayam Jantan, Reno, Rafflesia dan Bunga Raya!
Siapakah mereka di sebalik topeng? Saksikan program penuh kejutan ini di saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) pada setiap Jumaat, jam 9 malam. Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Tinggalkan Komen Anda
Powered by Facebook Comments