Wednesday, January 13
Home>>Informasi Hiburan>>Program ‘Ballz Talk’ Bersama Elly Arifin dan Iman Zulkarnain Di Saluran Youtube
Ballz Talk Zizan Razak
Informasi Hiburan

Program ‘Ballz Talk’ Bersama Elly Arifin dan Iman Zulkarnain Di Saluran Youtube

'Ballz Talk' Elly Arifin dan Iman Zulkarnain
Buat julung kalinya produksi D’Alphalegacy membawakan sebuah program berkonsepkan bual bicara berjudul ‘Ballz Talk’ secara eksklusif menerusi platform perkongsian video global terkemuka, YouTube.

Sebagai pengenalan, program ‘Ballz Talk’ yang dikendalikan oleh pasangan pengacara Elly Arifin dan Iman Zulkarnain ini bakal menampilkan empat selebriti tanah air sebagai tetamu undangan iaitu Zizan Razak, Iqram Dinzly, Farah Ahmad serta Armada Ammar atau lebih dikenali sebagai Ammar Titan.

Program ini juga turut mendapat sentuhan kreatif sutradara Opie Zami yang merupakan pengarah untuk musim ini.

Lebih istimewa, sesi temubual eksklusif yang bersifat up close & personal menerusi program ‘Ballz Talk’ ini juga akan mengetengahkan pelbagai perkongsian penuh emosi dan pengalaman peribadi yang mungkin tidak pernah dikongsikan kepada masyarakat umum sebelum ini.

Rakaman program ‘Ballz Talk’ akan berdurasi selama 20 minit menerusi paparan empat buah episod dan boleh mula distrim secara eksklusif di saluran YouTube ‘D’Alphalegacy’ pada setiap hari Jumat, jam 8.30 malam mulai malam ini, 4 Disember 2020.

Ballz Talk Zizan Razak

Trivia Mengenai ‘Ballz Talk’

  1. Program ‘Ballz Tak’ menyaksikan gandingan kali pertama Elly Arifin dan Iman Zulkarnain selaku pengacara bersama.
  2. Rakaman program ‘Ballz Tak’ juga dibuat secara ‘live-to-tape’ dan padat dengan pengisian eksklusif yang tidak pernah dikongsikan kepada masyarakat umum secara terbuka sebelum ini. Untuk makluman, penggambaran program ini juga sudahpun selesai sepenuhnya.
  3. Sewaktu rakaman episod yang menampilkan pelakon kontroversi Iqram Dinzly selaku tetamu undangan, Iqram tidak hanya datang dengan tangan kosong tetapi turut membawa kek hasil air tangan sendiri sebagai buah tangan untuk dikongsikan dengan semua tenaga kerja yang terlibat. Kek tersebut cukup lazat sehingga berjaya dihabiskan dalam masa 30 minit sahaja.
  4. Rakaman episod tersebut juga turut mencetuskan emosi kepada semua apabila Iqram tidak dapat menahan sebak sehingga mengalirkan air mata kerana terkesan dengan soalan-soalan yang diajukan oleh hos berhubung perjalanan kisah hidupnya serta kecaman netizen dan masyarakat sekeliling.
  5. Walaupun keseluruhan rakaman untuk setiap episod cuma mengambil masa kurang dua jam untuk diselesaikan, Iqram Dinzly dan Zizan Razak masih menunggu untuk ‘lepak’ di studio sehingga jam 3.00 pagi kerana berasa teruja dan cukup selesa dengan tenaga kerja yang terlibat untuk menjayakan program ini.
  6. Manakala sewaktu rakaman episod yang menampilkan Farah Ahmad selaku tetamu undangan pula, beliau cukup tenang mengawal emosi sewaktu bercerita mengenai arwah suaminya, Pitt Hanif yang meninggal dunia akibat lemas ketika memancing tahun lalu. Kekuatan beliau selaku ibu tunggal kepada tiga orang anak cukup terserlah sehingga membuatkan seluruh tenaga kerja yang turut berada di situ berasa tersentuh.
  7. Rakaman program ‘Ballz Talk’ telah dijalankan sewaktu arahan PKPB masih berkuatkuasa. SOP yang ketat sewaktu tempoh tersebut menghadkan pergerakan seluruh tenaga kerja yang terlibat.

Siapa tak kenal Zizan Razak, artist talented serba boleh di tanah air kita. Seorang rapper, pelakon, host, businessman.. tapi korang pernah tahu ke Zizan pernah nak masuk Akademi Fantasia? Macam mana isu Jennie Black? Beliau pernah habis langsung duit demi masuk industry?

Segalanya terjawab di Ballz Talk!

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments