Friday, July 23
Home>>Rancangan TV>>Sebalik Tabir Misi ‘JEJAK EBIT LEW’ di Astro Prima
Jejak Ebit Lew
Rancangan TV

Sebalik Tabir Misi ‘JEJAK EBIT LEW’ di Astro Prima

‘JEJAK EBIT LEW’ ialah sebuah program realiti berkonsepkan majalah yang memaparkan aktiviti amal kebajikan dan kisah di sebalik tabir perjalanan eksklusif pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang turut berkongsi rasa dan cerita dalam menyantuni masyarakat yang memerlukan bantuan dengan penuh kasih sayang tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama.

Program ini juga bakal memberi satu perspeksif baharu kepada para penonton untuk menilai musibah yang berlaku dari sudut pandang yang berbeza tanpa sebarang prejudis.

Jejak Ustaz Ebit Lew

Untuk makluman, penerbitan program ‘JEJAK EBIT LEW’ ini juga merupakan kesinambungan daripada program ‘Door To Door Ebit Lew’ di saluran Astro Oasis. Namun pada kali ini, fokus program diperluaskan lagi kepada misi bantuan dan kemanusiaan dan tidak sekadar ke arah misi dakwah sahaja.

Pendekatan tersebut adalah bersesuaian dengan situasi masyarakat yang kini sedang berdepan dengan 1001 ujian akibat pandemik Covid-19.

Uniknya lagi, program ‘JEJAK EBIT LEW’ juga bersifat ‘jujur’ kerana tidak terikat dengan sebarang skrip mahukan babak-babak komersial yang perlu disempurnakan. Ini adalah kerana kebanyakan misi bantuan yang perlu disampaikan selalunya bersifat spontan atau ad hoc.

Selain itu, terdapat juga di antara kes-kes yang diterima daripada permohonan secara bersurat serta menerusi emel yang turut disertakan dengan paparan aktif sahih di media sosial.

Jejak Ebit Lew

Rangkaian program ‘JEJAK EBIT LEW’ akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Klip sedutan dan kompilasi paparan isi hati Ebit Lew dapat ditonton melalui kapsul ‘JEJAK XTRA EBIT LEW’ pada setiap hari Isnin, jam 6.55pm bermula 7 Disember 2020. Manakala program ‘JEJAK EBIT LEW’ pula akan bersiaran sepanjang 61 buah episod pada setiap hari Isnin, jam 9.00 malam mulai 7 Disember 2020.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments