Friday, July 23
Home>>Informasi Hiburan>>Viu Original Drama ‘Isteri Misteri’ Hampir Penamat
Viu Original Drama 'Isteri Misteri'
Informasi Hiburan

Viu Original Drama ‘Isteri Misteri’ Hampir Penamat

Isteri Misteri Viu
Drama baharu Viu Original dikendalikan, ‘Isteri Misteri’ oleh Viu International Limited telah menjalinkan usahasama dengan Media Prima kini hampir penamatnya.

Isteri Misteri adalah siri komedi-drama yang pastinya mencuit hati penonton. Cerita ini berkisar tentang seorang lelaki romantik yang berpoligami dan telah mendapat ramalan bahawa salah seorang isterinya akan membunuhnya.

Hasil ramalan ini, lelaki ini telah memulakan siri penyiasatan yang melucukan dimana dia menonjolkan bakat penyiasatan untuk memperdayakan isteri-isterinya.

Ianya telah merungkai plot yang penuh dengan liku-liku menarik di sepanjang 10 episod siri ini. Siri ini disiarkan di TV3 secara eksklusif satu jam sebelum dilancarkan di Viu.

Viu Original Drama 'Isteri Misteri'

Produksi komedi-drama yang sangat menghiburkan ini dibintangi oleh pelakon Malaysia yang sangat berbakat. Karakter utama, Rizal dibintangi oleh Sharnaaz Ahmad, pemenang Pelakon Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

Sharnaaz digabungkan bersama Tiz Zaqyah, pemenang Pelakon Terbaik Anugerah Skrin 2016, yang melakonkan watak Emma, isteri Rizal yang pertama dan ibu kepada dua anaknya.

Sharifah Sakinah membawakan pengembaraan dan adrenalin kepada penceritaan ini sebagai Yatie, isteri Rizal yang kedua. Azira Shafinaz De Fam pula melakonkan watak Lisa, isteri Rizal ketiga yang memenuhi harinya dengan membeli-belah dan menjaga kucing kesayangannya.

Seterusnya Azar Azmi yang memainkan watak Jun, setiausaha dan orang kanan Rizal yang sangat setia dan banyak membantu Rizal dalam kisah percintaannya dan memastikan isteri-isteri Rizal tidak mengetahui tentang satu sama lain.

Ikuti Rizal dalam perjalanannya untuk menyiasat siapa di antara isterinya yang akan membunuhnya. Isteri Misteri akan ditayangkan pada Rabu dan Khamis pada jam 6 petang di TV3 dan 7 petang di Viu, yang telah bermulai 25 November 2020.

Muat turun aplikasi Viu secara percuma di App Store, Google Play dan TV pintar terpilih dan juga di laman sesawang www.viu.com.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments