Friday, April 30
Home>>Informasi Artis>>Layla Sania Wakil Malaysia di TikTok Music Night Asia “Love Edition”
Layla Sania
Informasi Artis

Layla Sania Wakil Malaysia di TikTok Music Night Asia “Love Edition”

Setelah melancarkan single yang berbahasa Mandarin yang berjudul “BY YOUR SIDE” duet bersama Uriah See yang mendapat sokongan dari ramai peminat dan pendengar, kini Layla Sania mengorak langkah muncul di TikTok Music Night Asia “Love Edition”.

Layla Sania merupakan satu-satunya penyanyi yang mewakili Malaysia dalam program ini. Antara artis yang bakal muncul dalam TikTok Music Night Asia “Love Edition” ini adalah Pink Sweats, Noah, Afgan dan barisan antarabangsa.

TikTok Music Night Asia “Love Edition” adalah konsert live yang bakal diterajui oleh selebriti dari Korea, Singapore, Indonesia, Filipina, Thailand, Malaysia, Vietnam, Korea Selatan, Jepun dan Taiwan. Konsert ini juga bakal menampilkan Pink Sweats dan Max dari Amerika Syarikat.

Konsert ini bakal diadakan pada 18 FEBRUARI 2021 (KHAMIS), JAM 7.30 MALAM di akaun @TikTokEntertainment_MY.

Layla Sania

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments