Tuesday, April 13
Home>>Rancangan TV>>Borak Kelamin Bersama Awal Ashari dan Elly Mazlein di Astro Ria
Borak Kelamin
Rancangan TV

Borak Kelamin Bersama Awal Ashari dan Elly Mazlein di Astro Ria

Program ‘Borak Kelamin’ ialah sebuah program bual bicara terbitan Astro Ria dengan kerjasama Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. khusus tentang alam perkahwinan berkaitan isu-isu rumah tangga yang sering dianggap tabu atau sensitif untuk dibincangkan secara terbuka.

Program ini juga diklasifikasikan untuk tayangan 18 tahun ke atas kerana mengandungi aspek kedewasaan yang tidak keterlaluan dalam setiap topik perbincangan.

Untuk musim yang pertama kali diterbitkan ini, selebriti popular Awal Ashari dan Elly Mazlein telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan program ‘Borak Kelamin’ selaku hos bersama sepanjang 10 buah episod.

Hos Borak Kelamin

Tampil dengan pengisian interaktif yang berani dan sensasi, program ‘Borak Kelamin’ bakal mengetengahkan topik-topik diskusi merangkumi kupasan ilmiah yang kompresensif oleh barisan panel pakar perunding jemputan daripada pelbagai bidang pengkhususan berdasarkan tema mingguan seperti pakar motivasi, perunding psikologi, kaunselor perkahwinan, penceramah, dan sebagainya.

Bagi merancakkan lagi sesi perbincangan pada setiap episod, tetamu jemputan istimewa yang terdiri daripada barisan selebriti popular tanah air turut diundang khas untuk berkongsi pengalaman peribadi sepanjang melayari bahtera perkahwinan bersama pasangan atau bekas pasangan secara terbuka dan profesional.

Program ‘Borak Kelamin’ akan berdurasi selama 60 minit dan bakal bersiaran secara eksklusif pada setiap hari Isnin, jam 9.00 malam mulai 1 Mac 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan perkhidmatan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Trivia Borak Kelamin

Borak Kelamin

1 – Sepuluh topik hangat yang bakal dibincangkan untuk siaran musim pertama termasuklah ‘Rupa Atau Harta’, ‘Off Handphone, Sentuhlah Pasangan’, ‘Kelambu Dingin’, ‘Janda Duda Rebutan’, ‘Dominasi Kelamin’, ‘Trauma Mentua’, ‘Cinta Luar Biasa’, ‘Isteri Bukan Orang Gaji’, ‘Perkahwinan Campur Lebih Power, Benarkah?’ dan ‘Pasangan Pergi Mengejut, Bersediakah Anda?’

2 – Penerbitan musim pertama juga turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti popular yang diundang khas selaku tetamu jemputan seperti Azad Jazmin & Eira Syazira, Norman Hakim & Memey Suhaiza, Lana Nodin & Daud Mckienzie, Sharifah Syahira & Ijoy, Fizo Omar, Ramona Zamzam, Ifa Raziah, Ain Edruce, Edika Yusof dan Datuk Ziela Jalil.

3 – Barisan panel perunding yang diundang khas pada setiap episod memainkan peranan penting bagi memastikan setiap kupasan adalah berlandaskan hujah yang berfakta dan penuh ilmiah untuk memberi kesedaran agar dapat dimanfaatkan bersama.

4 – Produksi ‘Borak Kelamin’ juga turut berkesempatan untuk menemubual responden yang sedang atau pernah ada pengalaman berdasarkan topik mingguan yang dibincangkan. Ini menjadikan program ini lebih menyentuh hati kerana setiap perkongsian yang diketengahkan merupakan kisah atau pengalaman yang sebenar.

5 – Bukan itu sahaja, hos program juga akan turut membacakan hantaran atau komen-komen netizen di laman sosial Facebook Mingguan Wanita bagi mendapatkan respons dan maklum balas yang interaktif.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments