Saturday, July 24
Home>>Rancangan TV>>DENGAR Guna Pakai Strategi Holistik Bantu Masyarakat di TV Alhijrah
Dengar TV Alhijrah
Rancangan TV

DENGAR Guna Pakai Strategi Holistik Bantu Masyarakat di TV Alhijrah

Buat pertama kalinya TV AlHijrah tampil menerbitkan sebuah rancangan baharu dengan judul DENGAR yang lari daripada kebiasaan stesen ini yang cukup terkenal dengan DNA menyampaikan ilmu yang memerlukan keupayaan berbicara berbanding mendengar.

DENGAR adalah sebuah program semi-realiti yang mendengar permasalahan individu-individu yang tular di media sosial lantas memberikan bantuan serta mencari solusi terbaik buat permasalahan tersebut. DENGAR disiarkan secara langsung bermula 4 Mac 2021, setiap Khamis, 13 episod, jam 9 malam secara langsung.

Dengan tagline Mendengar Masyarakat, tim penerbitan DENGAR akan segera turun padang setiap kali menerima aduan atau kisah kesusahan yang dikongsikan netizen menerusi emel rasmi program DENGAR.

Tujuan turun padang adalah tidak lain tidak bukan untuk memastikan kesahihan serta menilai ruang penyelesaian serta saluran terbaik untuk memberikan bantuan.

Program Dengar TV Alhijrah

Program DENGAR ini adalah hasil cetusan idea dan inspirasi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang menuntut penglibatan dan kerjasama semua pihak seperti agensi kerajaan, badan bukan kerajaan dan syarikat korporat.

Ini adalah gerak kerja bersifat 360 darjah. Bermula dengan aduan yang kami terima daripada netizen, krew DENGAR akan turun padang meninjau dan menjalin hubungan awal dengan responden yang sedang berada dalam musibah.

Kerja tim penerbitan tidak habis di situ. Mereka kemudiannya perlu membuat kajian lanjut serta berhubung dengan agensi-agensi dan pihak-pihak yang terlibat dalam mencari solusi terbaik. Kemudiannya, kita akan jemput responden ke studio digital TV AlHijrah untuk sesi perkongsian.

Poster Dengar TV Alhijrah

DENGAR mempertaruhkan dua nama besar negara dalam bidang pengacaraan iaitu Wan Kamarudin Wan Ibrahim selaku hos di studio dan Hazeman Huzir sebagai wartawan lokasi.

Jadi jangan lupa untuk sama-sama menyaksikan DENGAR pada setiap khamis di TV AlHijrah. Ayuh kita sama-sama jadi masyarakat yang benar-benar mendengar untuk memahami dan membuahkan respons.

Untuk mendapatkan maklumat terkini serta menikmati rancangan dan perkembangan semasa dunia dan tanah air, jangan lupa untuk “Like” dan “Follow” laman sosial Facebook TV AlHijrah dan Instagram TV AlHijrah.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments