Tuesday, September 14
Home>>Drama>>Drama ‘Scammer’ Dedah Modus Operandi Skim Pengubahan Wang Haram
Kamal Adli Scammer
Drama

Drama ‘Scammer’ Dedah Modus Operandi Skim Pengubahan Wang Haram

Penceritaan drama bersiri ‘Scammer’ dedah modus operandi skim pengubahan wang haram, sarat dengan plot twist untuk beri kesedaran kepada penonton.

‘Scammer’ ialah sebuah karya asal yang mengangkat genre jenayah dan aksi terbitan syarikat produksi Radius One Sdn Bhd. Drama 20 episod arahan pengarah Norhanisham Muhammad ini turut menampilkan Shahrulezad Mohameddin dan Fazli Haji Baharom selaku penerbit.

Lebih istimewa, drama ini turut menampilkan lagu istimewa ‘Duit’ nyanyian Meerfly dan lagu ‘Emosi’ nyanyian Benzoloo ft Khodi sebagai lagu runut bunyi.

Drama ‘Scammer’ ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam mulai secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Sinopsis Drama Scammer

Poster Drama Scammer

Joe (lakonan Kamal Adli) bertugas sebagai pegawai di sebuah bank antarabangsa di ibukota. Tugas utama Joe adalah mengawal keselamatan semua aktiviti perbankan pemegang akaun di bank cawangannya.

Apabila diberhentikan kerja, Joe menjadi hilang arah untuk mencari wang untuk menanggung keluarganya.

Joe bertemu semula dengan kekasih lamanya, Amy (lakonan Siti Saleha) yang bekerja sebagai peguambela jenayah. Amy menawarkan kerja kepada Joe untuk memindahkan wang secara haram untuk klien-kliennya.

Kerana terdesak, Joe menerima tawaran Amy dan berjaya memindahkan wang-wang tersebut tanpa dikesan oleh Bank Negara.

Kepakaran Joe menarik perhatian Uncle Wong (Chew Kin Wah), seorang ketua kongsi gelap di Kuala Lumpur. Uncle Wong mengupah Joe dan Amy untuk ‘mencuci’ wang haramnya setiap bulan.

Aktiviti ‘cuci’ duit Joe dan Amy akhirnya dapat dikesan oleh pihak polis, diketuai oleh Darus (Hasnul Rahmat) dan Kahar (Muaz Fitri). Joe diugut akan dipenjarakan jika dia tidak mahu bekerjasama dengan Darus untuk menghentikan aktiviti ‘cuci’ duit Uncle Wong dan Amy.

Kamal Adli Siti Saleha Scammer

JEMPUT BACA : Forensik – Drama Penyiasatan Kes Jenayah Sebenar Dari Singapura

Trivia Drama Scammer

1. Pelakon Fasha Sandha berasa amat teruja memegang watak utama sebagai Nisa kerana karakter tersebut mempunyai latar belakang yang berwarna-warni dan sarat dengan mainan emosi. Antara babak yang paling digemari oleh Fasha ialah apabila dia mendapat tahu bahawa suaminya merupakan seorang scammer.

Untuk menjayakan babak tersebut, pengarah meminta Fasha untuk membina emosi agar tidak terlalu down dan tidak terlalu sedih. Selain babak tersebut, Fasha juga menyenangi scene bersama pelakon Jay Iswazir kerana beliau seorang yang lucu dan kuat melatah sewaktu di set penggambaran.

2. Jay Iswazir yang membawakan watak Fawaz dalam drama ini pernah mendapat panggilan telefon daripada seorang scammer. Namun, Jay terselamat daripada ditipu setelah rakan-rakannya memberikan nasihat dan teguran.

Menurut Jay juga, pengalaman paling menarik sepanjang terlibat dengan penggambaran drama ini adalah sewaktu sesi
fogging untuk babak pecah masuk rumah. Oleh kerana Jay seorang yang melatah, dia tanpa sengaja telah melempar bom asap ke arah penolong pengarah.

3. Hasnul Rahmat yang memegang watak sebagai Darus menyarankan agar audiens dapat menerapkan mindset critical thinking sewaktu menonton drama ini dan jangan mudah menghukum orang lain.

4. Megat Sharizal dan Didie Alias yang memegang watak Jay Rahman dan Qina dalam drama ini kembali disatukan dalam set yang sama setelah lebih 10 tahun tidak berlakon bersama.

5. Ironinya, Didie Alias turut menjadi mangsa scammer di laman Instagram dua hari sebelum masuk ke set penggambaran drama ini. Beliau telah kehilangan seramai 500 ribu pengikut di Instagram dan scammer tersebut meminta wang sebanyak RM4000 untuk memulangkannya semula.

6. Penggambaran drama ‘Scammer’ dibuat ketika bulan Ramadan sewaktu Perlaksanaan Perintah Pergerakan Bersyarat (PKPB) sedang dilaksanakan dan mengambil masa 65 hari untuk diselesaikan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Segala arahan SOP yang dikeluarkan oleh pihak MKN dan KKM juga turut dipatuhi sepanjang penggambaran berlangsung.

Tinggalkan Komen Anda

Komen

Powered by Facebook Comments